spot_img
spot_img

Besarkan anak anda sebagai bakal bilionaire

spot_img

Saya menyayangi anak-anak saya dan saya sangat berbangga dengan apa yang mereka capai.

Anak sulung saya, Elon, mencipta kereta elektrik untuk menyelamatkan alam sekitar dan membina roket untuk menghantar manusia ke angkasa lepas. Anak kedua saya, Kimbal, membuka restoran di ladang dan mengajar kanak-kanak membina kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di sekolah pendalaman. Dan Tosca, anak bongsu saya, sedang menghasilkan dan mengarahkan filem melalui syarikat filemnya sendiri.

- Advertisement -

(Kimbal Musk)

Orang sering bertanya kepada saya bagaimana saya membesarkan anak-anak saya dengan berjaya. Saya memberitahu mereka bahawa saya melakukannya dengan mendidik mereka berkenaan kerja keras dan memberikan mereka kebebasan mengikut minat mereka.

Galakkan anak-anak anda bekerja (berdikari) pada usia muda

- Advertisement -

Saya menjadi ibu tunggal kepada tiga anak ketika berumur 31 tahun. Saya tidak pernah rasa penat atau menyesal untuk bekerja sepenuh masa, kerana saya tidak mempunyai pilihan. Menjaga anak-anak saya adalah keutamaan; Saya bekerja keras untuk meletakkan “bumbung di atas kepala kami”, makanan di atas meja, dan melengkapkan pakaian asas sekeluarga.

Saya mula bekerja untuk ayah saya ketika saya berumur lapan tahun. Kami tinggal bersebelahan dengan klinik kiropraktiknya (kesihatan tulang, sendi), ibu saya membantu juga. Saya dan adik kembar saya Kaye dibayar 5 sen sejam untuk membantu dia menghantar buletin bulanannya kepada penduduk setempat.

Ayah saya akan memberi idea isi-isi buletin kepada ibu saya, ibu saya terus menulisnya dalam nota dan kemudian menaipnya. Selepas itu Kaye dan saya membuat salinan stensil, kami akan duduk di lantai ruang tamu, melipat buletin yang dihasilkan itu menjadi tiga, memasukkannya dalam sampul surat dan melekatkan setem. Kami membuat kira-kira 1,000 salinan buletin setiap bulan.

Semasa Kaye dan saya berumur 12 tahun, kami mula bekerja di klinik ayah sebagai penyambut tetamu. Kami akan bergilir-gilir mendaftar dan melayani pesakit, membuat mereka teh, membuat X-ray pada pelanggan dan menemani mereka sehingga ayah kami bersedia untuk menemui mereka.

Ibu bapa saya melayan kami seperti orang dewasa dan menganggap kami boleh dipercayai, dan mereka mempengaruhi saya dalam membesarkan anak-anak saya. Sejak kecil, anak-anak saya membantu saya dengan perniagaan pemakanan kesihatan saya. Tosca akan pergi ke pejabat saya dan menaip surat kepada doktor. Elon sangat baik dalam membantu menerangkan fungsi-fungsi makanan kesihatan dalam bentuk perkataan kepada saya. Kimbal juga sentiasa membantu.

Semasa kami tinggal di Bloemfontein (Afrika Selatan), saya meletakkan Tosca bekerja di sekolah permodelan dan perunding imej yang saya jalankan. Bayangkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mengajar pelajar cara berjalan, membuat koreografi pertunjukan di landasan (fashion run away) dan kelas etika berlari. Saya juga menjadikan dia almari untuk semua rancangan saya.

Biarkan anak anda memutuskan apa yang mereka mahu

Saya membesarkan anak-anak saya seperti ibu bapa saya membesarkan kami semasa kami masih kecil: berdikari, baik hati, jujur, bertimbang rasa dan sopan. Saya mengajar mereka kepentingan bekerja keras dan melakukan perkara yang baik. Saya tidak melayan mereka seperti bayi atau memarahi mereka. Saya tidak pernah memberitahu mereka apa yang perlu dipelajari. Saya tidak menyemak kerja rumah mereka; itu adalah tanggungjawab mereka.

Apabila mereka semakin dewasa, mereka terus bertanggungjawab untuk masa depan mereka sendiri melalui keputusan yang mereka buat. Tosca memilih sekolah menengahnya sendiri. Mereka semua memohon ke universiti pilihan mereka dan menyelesaikan permohonan biasiswa dan pinjaman pelajaran mereka.

(Tosca Musk, paling kanan)

Kanak-kanak tidak perlu dilindungi daripada realiti tanggungjawab. Anak-anak saya mendapat manfaat kerana mereka melihat saya bekerja keras hanya untuk meletakkan bumbung di atas kepala kami, mencukupkan makanan ke dalam perut kami dan membeli pakaian terpakai.

Apabila mereka pergi ke kolej, mereka hidup dalam keadaan yang agak daif: tilam di atas lantai, enam orang sebilik dan tinggal di rumah usang. Tetapi mereka boleh menerimanya dengan baik. Jika anak-anak anda tidak biasa dengan kemewahan, mereka dapat bertahan dengan baik. Anda tidak perlu memanjakan mereka. Pastikan anak anda berada dalam situasi selamat, kemudian biarkan mereka menjaga diri mereka sendiri.

Ramai ibu bapa mudah tertekan tentang anak-anak mereka. Saya sering melihatnya, sebagai contoh seorang bapa atau ibu (dari pelanggan pemakanan kesihatan saya) akan mengalami tekanan kerana terdapat banyak borang yang perlu diisi untuk memasukkan anak-anak mereka ke sekolah atau universiti yang baik.

Nasihat saya? Biarkan anak anda mengendalikan dokumen mereka sendiri untuk memasuki universiti atau pekerjaan. Mereka harus bertanggungjawab untuk masa depan mereka. Atau jika mereka lebih suka memulakan perniagaan dan anda fikir ia adalah idea yang baik, sokong mereka. Ajar anak-anak anda adab yang baik. Tetapi biarkan mereka memutuskan apa yang mereka mahu.



Maye Musk ialah supermodel antarabangsa, pakar diet-pemakanan berdaftar, penceramah di seluruh dunia dan pengarang “A Woman Makes a Plan.” Sering keluar dan diterbitkan dalam penerbitan utama, beliau juga telah muncul di muka depan majalah Vanity Fair, Vogue, Cosmopolitan, Marie Claire, New York dan Allure. 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img