spot_img
spot_img

Kenapa hanya 1 sahaja bank digital milik bumiputera ?

spot_img

PETALING JAYA: PKR Saifuddin mempersoalkan kekurangan pemberian lesen bank digital kepada syarikat Bumiputera.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata, daripada lima syarikat yang mendapat lesen digital seperti diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, hanya satu milik Bumiputera.

“Saya yakin banyak terdapat syarikat fintech Bumiputra yang terlebih layak untuk diberi lesen,” katanya di Facebook.

- Advertisement -

Katanya, matlamat utama bank digital ialah untuk sediakan servis, membantu, mendidik golongan rakyat yang terpinggir dan tertinggal oleh bank konvensional.

“Saya tidak terfikir konsortium besar yang dapat lesen ini akan tolong rakyat biasa yang berniaga pasar malam, jual gorengan, buka warung tepi jalan di Baling, Padang Terap, Bachok, Hulu Terengganu.

“Apa lagi konsortium ini ada yang pejabat mereka di Singapura. Syarikat mereka tersenarai di sana dan di Amerika,” katanya.

Tambahnya, bank digital ini sekurang-kurangnya mesti memainkan peranan seperti Gramin Bank dan Amanah Ikhtiar dalam membela golongan terpinggir dan tertinggal oleh bank konvensional.

- Advertisement -

Semalam, BNM mengumumkan lima syarikat yang berjaya untuk mendapatkan lesen bank digital.

Tiga dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 iaitu konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, konsortium diketuai GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd, konsortium diketuai Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.

Dua lagi dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Mereka adalah konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc serta konsortium yang diketuai oleh KAF Investment Bank Sdn Bhd.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img