spot_img
spot_img

PN jangan bergabung dengan PH

spot_img

TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendedahkan bahawa parti tersebut masih belum membuat sebarang keputusan berhubung idea gabungan beberapa parti atau khemah besar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Namun, beliau memaklumkan bahawa Pas dan Bersatu sebagai rakan akrab, rakan kongsi yang akan meneruskan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air menolak segala bentuk kemungkaran dan salah guna kuasa.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat selain memperbaiki imej negara yang tercalar dengan teruk sekali.

Pada pandangan editor, PN patut kekal sebagai PN tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti lain kerana jelas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, PN berjaya menarik tambahan sokongan mengundi walaupun kalah secara keseluruhannya.

- Advertisement -

Ini bermakna PN masih mempunyai sokongan dan mungkin akan ada sokongan baharu dalam PRU15 dan sekali gus menjadi pesaing hebat kepada UMNO.

Mereka hanya perlu fokus untuk menguatkan jentera parti dan cuba memikat pengundi terutama golongan atas pagar.PN perlu kekal sebagai PN.

Bersatu harus kembali menjadi parti alternatif bagi orang Melayu, bukan parti campuran seperti sekarang. Di dalam PN sudah ada Gerakan. Mereka boleh menjadi wadah perjuangan bukan Melayu di dalam gabungan tersebut. Bersatu harus menjadi pesaing kepada UMNO, jika tidak, hanya UMNO sahaja boleh memainkan naratif sebagai parti tunggal orang Melayu di negara ini.

- Advertisement -

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) agar tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang untuk PRU15.

Editor berharap PN tidak kembali bekerjasama dengan PH selepas sejarah 22 bulan mentadbir kerajaan. Percayalah, majoriti rakyat amat terkesan sepanjang tempoh itu dan tidak mahu kembali berada dalam era pentadbiran tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img