spot_img
spot_img

Kerajaan bakal rugi RM750 juta setahun – MRECA

spot_img

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memberi fokus kepada pelaksanaan peraturan untuk industri rokok elektronik (vape) yang telah lama tertangguh dan bukannya membuat cadangan baharu yang akan memberi kesan kepada usahawan tempatan dan juga pekerja dalam industri vape.

Presiden Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA), Datuk Adzwan Ab Manas berkata, KKM harus terlebih dahulu memberi keutamaan kepada perkara yang telah lama tertangguh.

“Industri vape kini berada dalam ketidaktentuan atas kegagalan KKM untuk mengutamakan pelaksanaan peraturan dan penyeliaan industri vape. Kami seperti digantung tidak bertali.

- Advertisement -

“Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan cukai untuk cecair vape yang mengandungi nikotin mulai 1 Januari 2022 lalu, ia bagaimanapun kini telah tertangguh empat bulan kerana KKM masih enggan melaksanakan peraturan secepat mungkin.

“KKM perlu memberikan keutamaan kepada pelaksanaan peraturan kawal selia industri vape terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, MRECA menganggarkan kelewatan dalam melaksanakan peraturan kepada cecair vape juga mengakibatkan kerajaan kerugian hasil kutipan cukai melebihi RM750 juta setahun.

- Advertisement -

Tambah beliau, cadangan KKM untuk melarang penjualan vape bersama rokok walaupun kedua-dua produk tersebut adalah berlainan seumpama mengisytiharkan perang kepada industri tempatan vape terutamanya kepada 3,000 usahawan tempatan dan 15,000 pekerja dalam industri ini.

“KKM janganlah terburu-buru hendak bereksperimen dengan larangan penjualan vape melalui cadangan Generation End Game.

“Itu akan memberikan tamparan yang hebat kepada usahawan tempatan dan pekerja dalam industri ini.

“Malah ia juga akan memberikan mesej yang salah kepada pelabur domestik dan asing terutamanya dalam industri lain seperti minuman bergula, alkohol yang juga boleh dikenakan dengan peraturan yang sama tanpa menghiraukan hak golongan yang telah dewasa dalam membuat pilihan,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh itu, pihak industri tidak dipanggil untuk terlibat secara langsung dalam perbincangan mengenai cadangan tersebut dan pihak industri tempatan hanya terdengar cadangan ini daripada laporan media.

“Larangan penjualan vape kepada sesiapa yang mencapai umur dewasa adalah bertentangan dengan pendekatan yang diambil di negara maju seperti di United Kingdom dan New Zealand yang menerima pakai konsep pengurangan kemudaratan tembakau dengan mempromosikan penggunaan vape untuk mengurangkan kadar merokok.

“KKM harus telus dan mengambil kira potensi produk vape dalam membantu perokok berhenti merokok dan bukannya mengkategorikan vape dan rokok sebagai produk yang sama sehingga menghalang penjualannya,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img