London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Prasarana mahu kerjasama dengan lebih banyak syarikat e-wallet

spot_img

KUALA LUMPUR, 25 April — Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengembangkan kerjasamanya dengan lebih banyak aplikasi, termasuk syarikat e-dompet, dalam usaha pendigitalannya dan untuk memudahkan kaedah pembayaran tiket dan pas perjalanan untuk mod pengangkutan awam di bawah seliaannya.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah berkata usaha itu juga merupakan langkah untuk meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna bagi menarik minat orang ramai terhadap pengangkutan awam.

“Kerjasama seperti ini diharap dapat meningkatkan jumlah penumpang harian yang terjejas teruk akibat Covid-19, selaras dengan langkah negara menuju ke fasa endemik,” katanya semasa pelancaran kerjasama Prasarana dengan BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink) di sini hari ini.

- Advertisement -

Pada pelancaran itu, Prasarana menandatangani perjanjian dengan BonusLink yang akan membolehkan penumpang membeli pas perjalanan tanpa had My50 dalam talian dan membuat transaksi tanpa tunai melalui aplikasi Blink.

Mohd Azharuddin berkata perkongsian itu adalah antara inisiatif yang disediakan syarikat kepada penumpang untuk membeli pas perjalanan tanpa had MY50 yang sebelum ini hanya boleh dibeli secara tunai di kaunter stesen kereta api Prasarana.

Mohd Azharuddin berkata kerjasama tiga bulan perintis ‘bukti konsep’, yang akan bermula pada 15 Mei, akan menggunakan Blink sebagai platform utama untuk membeli dan menebus mata kesetiaan sebagai ahli BonusLink.

- Advertisement -

Beliau berkata penumpang yang membeli atau menebus pas perjalanan My50 menggunakan Blink dan mempunyai butiran pendaftaran yang lengkap akan menerima e-baucar yang boleh dicetak dan ditebus untuk pas perjalanan di kaunter 10 stesen kereta api terpilih, termasuk Masjid Jamek dan Pasar Seni.

“Sekiranya sambutan menggalakkan, fasa dua akan dilaksanakan di semua stesen rel dan bas Rapid KL, bersama-sama saluran jualan dalam talian dan tanpa tunai yang dinaik taraf melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana,” kata Azharuddin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink Melvin Ooi berkata ahli BonusLink boleh menikmati rebat mata sehingga 40 peratus dengan setiap pembelian pas perjalanan My50 menggunakan kad Visa AmBank BonusLink atau mana-mana kad Visa sepanjang tempoh promosi.

Beliau percaya kerjasama itu adalah permulaan yang baik dalam menyediakan kemudahan tambahan untuk perkhidmatan pengangkutan awam negara. — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img