Namun yang demikian, bahan psikoaktif utama yang terdapat dalam daun M. speciosaadalah mitragynine dan juga 7-hydroxymitragynine (7-HMG). Kompaun mitragynine mewakili sekitar 60% daripada keseluruhan ekstrak alkaloid tumbuhan ini manakala 7-HMG membentuk sekitar 2% sahaja daripada jumlah alkaloid keseluruhan.
Pada dos yang relatifnya rendah (sekitar 1 hingga 5 gram daun mentah), kesan utamanya bersifat perangsang (stimulant). Kesan sampingan yang boleh berlaku termasuklah pupil mata mengecut dan muka menjadi merah (akibat peningkatan aliran darah).
- Advertisement - Kesan advers yang berkaitan dengan sifat perangsang pula adalah keresahan, mudah terganggu, gatal-gatal, loya dan muntah, hilang selera makan dan juga kerap membuang air kecil.
Pada dos yang sederhana, dalam lingkungan 5 hingga 15 gram daun yang mentah, kesan opioidnya mula dizahirkan.
Kesan advers tambahan adalah jantung berdegup dengan lebih kencang (tachycardia) akibat daripada kesan perangsang yang lebih kuat dan juga kesan sampingan akibat opioid seperti sembelit, pening kepala, tekanan darah rendah, mulut menjadi kering dan juga berpeluh.
- Advertisement - Pengambilan dalam dos daun ketum yang tinggi dan juga kerap berupaya untuk menghasilkan simptom seperti tangan terketar-ketar, anoreksia, susut berat badan, serangan sawan dan juga psikosis.
Apa yang lebih membahayakan adalah untuk mereka yang kerap mengambil daun tumbuhan ini, khususnya dalam kandungan yang tinggi, akan mengalami gejala putus ubat atau gian selepas mereka berhenti pengambilan secara tiba-tiba.
Antara gejala gian yang berupaya untuk berlaku adalah mudah disinggung, rasa tidak tenang, mual, tekanan darah tinggi, sukar untuk tidur (insomnia), hidung berair, sakit otot dan sakit sendi, dan juga cirit-birit.