spot_img
spot_img

Kena ubah akta jika ingin benarkan ketum

spot_img

KUALA LUMPUR, 25 April — Beberapa akta dan prosedur perlu dipinda jika kerajaan mahu membenarkan penanaman ketum di negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata antara pindaan yang perlu dibuat melibatkan Akta Racun 1952 kerana ketum mengandungi bahan psikoaktif yang boleh menjadi sedatif dan euforia, dan juga kepada Kanun Tanah Negara 1965.

“Pada masa ini penanaman ketum bukanlah satu kesalahan tetapi apabila ia dipetik, diproses, dijual dan dieksport maka ia menjadi satu kesalahan.

- Advertisement -

“Dan memandangkan kuasa mengurus tanah adalah di bawah Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan, ia juga perlu dipinda. Kami akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat kerajaan tetapi banyak prosedur dan proses perlu dipatuhi,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini ujian terhadap kesan penggunaan ketum hanya dilakukan terhadap haiwan di peringkat pra-klinikal sahaja. Ujian klinikal belum dilakukan ke atas manusia untuk mengenal pasti kesan sampingannya.

“Banyak jenis penyelidikan perlu dilakukan. Sebagai contoh, ada cakap-cakap mengatakan penanaman ketum boleh menjana RM180 juta setahun.

- Advertisement -

“Namun, kos lain perlu dilihat. Sebagai contoh, pada masa ini kita mempunyai kira-kira 130,000 penagih dan 25 peratus daripada mereka (36,000) ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sukarela (Puspen),” katanya.

Selain itu, Ayob Khan berkata Agensi Antidadah Kebangsaan juga tidak mempunyai program pemulihan khas penyalahgunaan ketum.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan berkata Kabinet memberi kebenaran untuk perbincangan diadakan bagi pihak kawasan Parlimen Padang Besar dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai kebenaran penanaman ketum untuk tujuan perubatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img