spot_img
spot_img

Billionaire UK rayu Singapura jangan laksanakan hukuman mati pada rakyat Malaysia

spot_img

Billionaire Britain Sir Richard Branson serta pelakon dan penulis Stephen Fry mendesak kerajaan Singapura untuk membatalkan hukuman mati yang dikenakan ke atas Nagaenthran Dharmalingam, seorang lelaki warganegara Malaysia yang kurang upaya. Dia akan dihukum gantung pada Rabu depan (27 April).

Dalam mesej video yang dikongsi di laman Twitter Branson, mereka menggesa presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk memberikan Nagaenthran, 34, – dikenali sebagai Nagen kepada keluarganya – mendapat pengampunan presiden.

Richard Branson, memang terkenal sebagai seorang yang anti-hukuman mati.

- Advertisement -

“Puan Presiden, Perdana Menteri, dengan mata dunia tertuju kepada Singapura, kehidupan Nagen terletak di tangan anda.”

Branson, dalam tweet menulis, “Tiada sesiapa yang kurang upaya harus diperlakukan seperti ini. Bantu kami menyelamatkannya”.

Beliau juga menyeru sokongan orang ramai untuk menandatangani petisyen untuk menyelamatkan Nagaentran daripada kematian.

- Advertisement -

Sementara itu, Fry berkata hukuman mati Nagaentran akan memberi imej buruk kepada Singapura dalam memperjuangkan hak orang kurang upaya.

“Itu adalah risiko besar kepada reputasi negara anda, termasuk reputasinya dalam dunia perniagaan.

“Nagen tidak layak mati. Nagen telah hidup dengan ketidakupayaan intelektual seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Dan keadaan mental Nagen bertambah teruk semasa dipenjarakan.

“Atas nama belas kasihan, tolong berikan pengampunan Nagaenthran Dharmalingam,” kata Fry.

Pada 20 April, peguam hak asasi manusia Singapura M. Ravi di laman LinkedInnya mengumumkan bahawa mahkamah Singapura telah menetapkan 27 April sebagai tarikh pelaksanaan hukuman mati bagi Nagaenthran, yang ditangkap pada 2009 kerana membawa 42.7 gram heroin ke negara kota kecil itu.

Ravi telah menggesa kerajaan Malaysia memfailkan tindakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mendapatkan penangguhan sementara.

Pada 21 April, ibu Nagaentran Panchalai Supermaniam dalam mesej video menghantar rayuan untuk menyelamatkan anaknya daripada hukuman tersebut.

Nagaenthran telah ditangkap pada 2009 pada usia 21 tahun kerana mengedar heroin ke Singapura, yang mempunyai beberapa undang-undang dadah paling keras di dunia, dan dijatuhi hukuman mati mandatori pada tahun berikutnya.

Dia pada asalnya dijadualkan dihukum gantung pada November, tetapi hukuman itu mencetuskan kritikan kerana persoalan mengenai ketidakupayaan intelektualnya, dengan Kesatuan Eropah dan Branson antara mereka yang mengecamnya.

Lelaki berusia 34 tahun itu membuat rayuan terakhir, dengan peguamnya berhujah bahawa hukuman mati terhadap seseorang yang kurang upaya mental melanggar undang-undang antarabangsa.

AFP pada 29 Mac melaporkan bahawa penyokong Nagaentran berkata dia mempunyai IQ 69 – tahap yang diiktiraf sebagai kecacatan – dan telah dipaksa melakukan jenayah itu.

Ia berkata pihak berkuasa, bagaimanapun, telah mempertahankan sabitannya, mengatakan bahawa keputusan undang-undang mendapati dia “tahu apa yang dia lakukan” pada masa kesalahan itu.

Singapura mengekalkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan, termasuk pengedaran dadah dan pembunuhan, dan menegaskan ia telah membantu mengekalkan negara kecil itu sebagai salah satu tempat paling selamat di Asia.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img