spot_img
spot_img

Adakah naratif kluster mahkamah akan mendapat sambutan pengundi sekali lagi pada PRU15 ?

spot_img

KUALA LUMPUR, 24 April — Ahli parlimen DAP Liew Chin Tong hari ini menggesa semua parti politik yang menentang UMNO supaya bergabung untuk menyekat kembali kuasa puak Umno yang diketuai pemimpin yang berdepan pertuduhan rasuah.

Walaupun beliau mengakui ada “rasa putus asa” di kalangan ramai ahli dan penyokong Pembangkang, tetapi ADUN Perling itu mendesak Pakatan Harapan (PH), ahli pakatan Perikatan Nasional (PN) dan juga mereka yang di dalam Umno untuk menentang presidennya yang sedang dibicarakan, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menyelaraskan agenda reformasi bersama yang akan menghalang pemimpin rasuah daripada mengeksploitasi kelemahan dalam sistem demokrasi.

Liew mencadangkan gabungan ini masih boleh bekerjasama walaupun terdapat permusuhan politik yang telah terjadi hanya di dalam satu penggal selepas PRU14.

- Advertisement -

Beliau mahu PH dan PN melupakan masa lalu kerana jika tidak bergabung, maka perjuangan menentang UMNO tidak akan kemana.

Sebagai editor, saya turun menemuramah setiap pengundi di PRN Melaka mahupun PRN Johor. Rakyat yang hadir di setiap ceramah PN atau PH, tidak lain hanyalah mengulangi apa yang dikatakan pada PRU14 lalu. Masih ingat saudara Osman dari Semarang Ayer Hitam Johor berkata, “mereka ini ulang apa yang mereka gagal laksanakan apabila ada kuasa, sekarang kita nak beri lagi pada mereka “, ujarnya.

PN dan PH jika bergabung haruslah mempunyai tujuan atau matlamat yang lebih besar dari Najib dan Zahid supaya rakyat akan berasa masa depan mereka terjamin di bawah kerajaan baru.

- Advertisement -

Chin Tong juga menambah bahawa, apa yang lebih penting sekarang ialah semua kuasa politik menentang Kluster Mahkamah, termasuk pemimpin Umno yang tidak mahu melihat kembalinya Najib dan Zahid, untuk melaksanakan satu set peraturan demokrasi yang akan dipertahankan tanpa mengira ketidakstabilan politik.

Menjadi persoalan di sini adakah perjuangan pembangkang atau PN adalah hanya untuk menentang Zahid dan Najib ? Naratif yang sama mungkin tidak akan berjaya lagi menarik sokongan sepenuhnya rakyat Malaysia untuk memberi kembali kuasa kepada PH/PN.

Saya juga mendapatkan pandangan awam berkenaan perkara ini, ramai yang berkata bahawa PH telah diberi peluang mentadbir negara dan ketidakstabilan yang ditunjukkan di dalam pakatan itu dalam mentadbir negara menyebabkan rakyat berasa resah gelisah. Orang Melayu bimbang dengan persoalan berterusan peranan DAP mempersoalkan kuasa raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Kelompok ahli perniagaan pula boleh dikatakan serik dengan pentadbiran PH/PN dalam menguruskan ekonomi negara kerana dikatakan tidak mahir.

Gesaan gabungan ini dibuat di tengah-tengah perselisihan antara pemimpin PH untuk bekerja dalam gabungan yang lebih luas dengan blok politik yang terdiri daripada bekas ahli Umno.

Semalam Berita Tular melaporkan bahawa DAP telah menutup pintu semua bentuk kerjasama dengan PN melalui Anthony Loke : https://berita-tular.com/2022/04/23/ph-tidak-akan-kerjasama-dengan-pn-di-pru15/

Sebilangan pimpinan dalam PH — gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Upko telah menyuarakan sokongan mereka terhadap gabungan pilihan raya yang serupa yang memberikan mereka kemenangan sulung dalam pilihan raya pada 2018.

Cadangannya ialah PH disertai PN dan sekumpulan pemimpin Umno yang dikhabarkan menentang pilihan raya umum awal.

Zahid dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dikatakan arkitek utama yang mendesak pilihan raya umum ke-15 untuk diadakan tahun ini.

Parlimen ke-14 hanya akan dibubarkan secara automatik pada 16 Julai 2023.

Zahid dibicarakan atas 47 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan dana untuk pertubuhan amal Yayasan Akalbudi yang diasaskannya. Dia juga telah didakwa dengan rasuah berhubung kontrak sistem visa. Kedua-dua kes mahkamah berjumlah RM2.7 bilion.

Najib telah disabitkan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB tetapi sedang merayu kes itu. Dia masih dibicarakan kerana menggelapkan lebih RM2 bilion wang daripada 1MDB milik kerajaan dan mengganggu laporan audit kerajaan ke atas firma pelaburan berdaulat itu.

Chin Tong juga mendakwa Zahid dan Najib berada di belakang permainan kuasa yang menggulingkan perdana menteri PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa walaupun mengetuai kumpulan hanya 15 ahli parlimen, Najib dan Zahid mampu melakukan rompakan politik terhebat untuk memulihkan Umno sebagai ketua kerajaan.

Tetapi persoalannya siapakah yang mempelawa UMNO untuk kembali ke dalam kerajaan kalau bukan dari Langkah Sheraton yang diketuai oleh parti Bersatu ?

“Najib dan Zahid berharap Umno dan Barisan Nasional akan menang dengan baik, dan dengan kembalinya kerajaan BN, mereka akhirnya boleh bebas dari penjara,” kata Chin Tong lagi.

Berita Tular berpendapat, untuk musuh BN/UMNO memenangi pilihanraya pada kali ke 15 atau 16, mereka harus dipimpin oleh wajah baru yang membawa naratif baru. Liabiliti kerajaan pintu belakang, PKP separuh masak, ada kuasa tidak guna kuasa terhadap kluster mahkamah, memperkasakan semula UMNO sebab inginkan sokongan menjadi Perdana Menteri dan banyak lagi akan terus menghantui pengundi sama ada untuk memberi undi sekali lagi kepada PH/PN pada PRU akan datang.

Persoalannya kini, adakah sanggup pemimpin atasan PH/PN mengenepikan ego mereka dan memberi ruang kepada muka baru serta naratif yang baru untuk kesejahteraan rakyat dan negara?

Naratif BN iaitu Kestabilan Membawa Kemakmuran telah menenggelamkan masalah kluster mahkamah dalam pasukan mereka. Rakyat tidak mahu berubah-ubah lagi. Lets move on.. Inilah cabaran gabungan parti pembangkang jika ingin menumbangkan BN. Misi kali ini haruslah lebih besar daripada hanya Najib dan Zahid.

 

*Penulisan ini adalah pendapat peribadi editor, bukan pendapat keseluruhan organisasi Berita Tular

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img