spot_img
spot_img

Lelaki no 1 terkaya di dunia semakin kaya – bonus $23 bilion

spot_img

Lelaki terkaya di dunia, Elon Musk, akan menerima bonus besar sebanyak AS$23 bilion selepas Tesla mencatatkan rekod keuntungan suku tahunan.

Musk tidak mengambil gaji sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar kereta elektrik terbesar dunia itu, bagaimanapun, dia akan menerima tiga bahagian saham berdasarkan perjanjian bayaran pada tahun 2018 dengan syarikat itu.

Perjanjian itu menggariskan bahawa Musk akan menerima bonus AS$55.8 bilion jika dia membina perniagaan itu menjadi perniagaan mencecah AS$650 bilion dalam tempoh 10 tahun.

- Advertisement -

Dia mencapai anggaran itu jauh sebelum tarikh akhir pada Januari 2020 lepas.

Hari ini nilai pasaran Tesla berada pada sekitar AS$1.1 trilion.

Syarikat itu mencatatkan keuntungan tertinggi pada suku tahun ini, dengan hasil dilaporkan pada AS$18.76 bilion.

- Advertisement -

Ini bermakna Musk kini boleh membuka “kunci ketiga” bahagian terakhir skim bonus untuk dirinya, dengan setiap bahagian memberikan Musk hak untuk membeli 8.4 juta saham Tesla pada AS$70 setiap satu.

Diskaun besar kepada harga saham hari ini yang menyaksikan ia berada pada nilai AS$1,008, menjadikannya nilai keuntungan gabungan sebanyak AS$23 bilion.

Dia tidak boleh melepaskan tanggungkawabnya selepas mendapat keuntungan, kerana lembaga pengarah syarikat memerlukan dia untuk memegang saham sekurang-kurangnya lima tahun.

Nampaknya dia tidak akan meninggalkan syarikat yang diasaskannya itu dalam masa terdekat.

Elon Musk berkata, “Masa depan sangat mengujakan. Saya tidak pernah lebih optimistik atau teruja tentang masa depan Tesla daripada saya sekarang.”

Walaupun telah melengkapkan skim bonus lebih awal, Musk mendakwa tiada tawaran baru dari syarikat: “Tiada perbincangan sedang dijalankan mengenai bayaran tambahan untuk saya.”

Berita itu datang selepas Musk dikhabarkan ingin memperoleh perniagaan seterusnya – iaitu gergasi media sosial Twitter.

Musk baru-baru ini menjadi pemegang kepentingan tunggal terbesar firma media sosial itu dengan 9.2 peratus kepentingan.

Bagaimanapun, sejak membuat pelaburannya Musk membuat kesimpulan bahawa dia sebaliknya mesti membeli keseluruhan syarikat untuk melihat perubahan sebenar – menawarkan nilai bidaan sebanyak AS$43 bilion.

Menjelaskan mengapa dia mahu membeli syarikat itu dalam surat kepada pengerusi Twitter Bret Taylor, pengasas syarikat Tesla dan SpaceX itu berkata: “Sejak membuat pelaburan di Twitter, saya kini menyedari syarikat itu tidak akan berkembang maju mahupun memenuhi keperluan masyarakat secara terkini.

“Twitter perlu dirombak.”

Bonus terbaru daripada Tesla ini pastinya akan membantu Elon Musk dalam membida Twitter.

Lelaki terkaya di dunia semakin kaya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img