spot_img
spot_img

Jangan hina peguam bela

spot_img

SAYA tidak begitu pelik dan hairan jika ada pihak yang mungkin keliru dengan peranan seorang peguambela yang mengendalikan kes-kes jenayah di mahkamah.

Tuduhan yang mungkin telah berusia abad atau berkurun adalah peguam kes jenayah adalah tidak beretika kerana membela orang yang bersalah.

Jika tuduhan itu bersusur galur agama, biasanya ia akan ada unsur tambahan lagi. Ia cenderung menghukum dan mengaitkan dengan dosa seolah-olah para agamawan yang terang-terang boleh menyokong dan bersama dengan para penguasa zalim dan para pengkhianat itu sendiri seolah-olah suci daripada dosa!

- Advertisement -

Saya tidak bercadang menjawab tuduhan seperti itu di sini.

Apa yang ingin lakukan di sini adalah sekadar berkongsi sedikit asas undang-undang jenayah kepada para pembaca agar ada sedikit kefahaman yang betul mengenai tugas dan peranan para peguam kes jenayah.

Dalam sistem perundangan manusia (man-made law) yang sedang dilaksanakan di seluruh dunia sekarang ini, tanpa mengira sistem perundangan jenayah apa pun yang mereka laksanakan, yang saya tahu mereka tetap berpegang kepada prinsip asas yang bersifat universal ini iaitu ‘seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah!’.

- Advertisement -

Dalam bahasa Inggeris, depa habaq prinsip itu adalah prinsip ‘presumption of innocence!’.

Mungkin ada setengah pihak yang menyangka prinsip itu adalah 100 peratus prinsip perundangan barat sedangkan depa mungkin tak sedaq bahawa Islam yang lebih awal memperkenalkan prinsip itu.

Tak perlulah saya nak sebut prinsip Islam tersebut dalam bahasa Arab.

Berdasarkan prinsip universal itu, persoalan timbul ‘siapakah yang bertanggungjawab kena membuktikan seseorang yang dituduh bagi kes jenayah itu bersalah?’

Jika ikut logika mereka yang mengkritik keras para peguam yang membela orang salah depa habaq, nampaknya para peguambela kes jenayah ada tugas baru-depa kena buktikan anakguam depa bersalah.

Ia bukan lagi menjadi tugas dan peranan pendakwa yang mewakili negara dengan segala prasarana yang depa ada spt polis, lokap dan lain-lain.

Dan jika ikut logika itu juga, mungkin dah tidak perlu lagi dan tidak relevan lagi sebarang perbicaraan kes jenayah!

Memang mudah untuk salahkan peguambela jika kita baca dalam media seorang peguam bela tiba-tiba misalnya mewakili seorang yang dituduh dengan kes membunuh atau merogol dan lain-lain.

Tidak seperti para pembuat tuduhan ke atas peguambela itu, para peguambela kena pastikan jika anakguam depa dituduh hatta dalam kes jenayah yang serius sekali, apakah keterangan yang pendakwa akan gunakan dan adakah para pendakwa akan kemukakan semua bukti itu mengikut segala peraturan yang telah dipersetujui?

Pernah ke kita terfikir hatta dalam perundangan Islam hingga dalam kes-kes jenayah tertentu hingga ada syarat agar jumlah saksi tertentu yang perlu dikemukakan? Itu semua sekadar suka-suka sahaja ke?

Dan pernah ke kita terfikir hatta dalam sistem perundangan Islam yang bersumber wahyu, standard pembuktian (standard of proof) bagi kesalahan tertentu adalah jauh lebih tinggi dari standard pembuktian kes dalam sistem perundangan jenayah manusia? Bukan sekadar beyond reasonable doubttetapi beyond any doubt!

Tak perlu kot saya nak kongsi di sini ‘qawaid fiqhiyyah’ (legal maxims) dalam bahasa Arab yang mendasari prinsip -prinsip itu.

Adakah kita terfikir bagaimana pula jika mereka yang dituduh dalam kes jenayah dibicarakan dalam sebuah negara yang sistem rule of lawnya sendiri lintang pukang?

Bagaimana pula jika undang-undang yang para penjenayah itu hendak diadili itu sendiri- sama ada undang-undang substantif atau undang-undang prosedurnya pun sendiri telah sediakala zalim? Orang agama tak rasa ke SOSMA itu berselirat dengan kezaliman?

Pernah dengar ke ‘a show trial’? Pernah dengar ke ‘a trump-up charge? Pernah dengar ke ‘a travesty of justice?‘. Pernah dengar ke ‘miscarriage of justice’? Pernah dengar ke ‘draconian laws?‘.

YB Mohamed Hanipa Maidin 
Ahli Parlimen Sepang

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img