spot_img
spot_img

UMNO Sabah mahu segerakan PRU15 untuk kestabilan kerajaan

spot_img

Kota Kinabalu : UMNO Sabah melihat keperluan mengembalikan mandat rakyat perlu diberikan segera kerana keadaaan politik negara ketika ini sangat rapuh.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, menjangka PRU15 akan diadakan sebaik sahaja Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) tamat pada 31 Julai ini.

Pada masa ini, keadaan politik tidak begitu stabil dan jika ada mana-mana parti menarik sokongan terhadap kerajaan maka, Perdana Menteri akan hilang majoriti. Jika tiada pilihan raya maka, ada lagi penggantian Perdana Menteri baharu.

- Advertisement -

“Kita telah melalui tiga kerajaan dalam satu penggal dan ini tidak baik untuk negara, ekonomi dan rakyat,” katanya.

Bung Moktar berkata, walaupun tidak pasti bila tarikhnya namun, PRU15 mesti diadakan pada tahun ini dan apa yang pasti bukan pada hujung tahun.

“Namun, bergantung kepada Perdana Menteri dan lain-lain tapi, kita lihat UMNO berpendapat PRU perlu diadakan pada tahun ini, selepas MoU tamat,” katanya kepada Utusan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img