(14 April): Tiket ke perlumbaan Grand Prix Formula Satu Singapura tahun ini, yang disambung semula di negara kota itu selepas berehat selama dua tahun akibat Covid19, telah dijual pada hari Rabu lalu dan mendapat permintaan yang tinggi, dengan pakej grandstand dan pakej hospitaliti lengkap selama tiga hari habis dijual dalam masa enam jam sahaja.
“Kami telah menerima permintaan yang kuat daripada peminat tegar ada dan pembeli baru dalam pakej hospitaliti kami sejak pembaharuan kontrak untuk perlumbaan malam Formula 1 diumumkan,” kata Shamini Suppiah, pengarah jualan hospitaliti dan tajaan untuk Singapore GP Pte.
Pakej hospitaliti tiga hari berharga sekitar S$10,000 (AS$7,400), menurut laman web acara itu.
Singapura mengumumkan pada Januari lalu ia akan menjadi tuan rumah perlumbaan Grand Prix Formula Satu semula pada 2022 selepas tiada perlumbaan selama dua tahun. Kini Singapura sedang berusaha untuk meletakkan semula dirinya sebagai pusat perniagaan utama dan destinasi pelancongan di Asia selepas beralih ke arah strategi hidup bersama Covid19 (endamik). Siri perlumbaan malam tahun ini bermula pada 30 September depan.
Lebih banyak tiket grandstand tiga hari mungkin dikeluarkan selepas ini jika langkah pengurusan selamat (SOP) dipermudahkan lagi, kata GP Singapura. Senarai menunggu (waiting list) telah disediakan untuk syarikat yang ingin menempah tempat tambahan sekiranya mereka bersedia.