spot_img
spot_img

Pendekatan platform Internet Exchange di Bukit Kayu Hitam

spot_img

PETALING JAYA: Open DC menjalinkan kerjasama strategik dengan Northern Gateway Sdn. Bhd. (NGX), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), menerusi perjanjian induk membangunkan sebuah pusat data Tahap 3 di Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan.

Delapan yang dahulunya dikenali sebagai Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana merupakan sebuah taman teknologi maju di Bukit Kayu Hitam, bandar sempadan di antara Thailand dan Malaysia.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Thailand dijangka mencecah RM125 bilion menjelang 2025 dan dianggarkan 45 peratus daripada jumlah itu melalui Bukit Kayu Hitam, justeru pembangunan pusat data Open DC di zon ekonomi tersebut akan meningkatkan lagi jumlah dagangan dengan membangunkan trafik internet merentasi sempadan.

- Advertisement -

Pengarah Urusan Open DC, Wong Weng Yew berkata, hab teknologi itu akan melengkapkan pembangunan Delapan sebagai hab perniagaan yang rancak di wilayah utara, membolehkan penggiat-penggiat teknologi untuk membangunkan pengehosan perniagaan dengan ketersambungan yang lebih baik melalui pusat data Open DC.

“Kami menyasarkan untuk menambah baik pembangunan Internet di sempadan utara, dengan mencontohi Internet Exchange (IX) sedia ada di negara jiran melalui sempadan Malaysia-Singapura.

“Memandangkan pertukaran jumlah trafik internet yang banyak antara Indo-China melalui lokasi ini, hab itu juga akan dibangunkan sebagai kawasan strategik untuk menjadi hab komersial baharu serta pusat data di wilayah utara,” katanya dalam kenyataan.

- Advertisement -

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NGX, Razwin Sulairee Hasnan Termizi berkata, Delapan berbangga menjadi hos kepada jutaan kandungan digital yang akan disimpan oleh Open DC.

“Pusat data itu akan menjadi saluran untuk menghubungkan rakan- rakan dan keluarga, perniagaan dan pelanggan, dan yang paling penting, ia menghubungkan Delapan dengan dunia,” katanya.

Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur Internet serta revolusi digital dan perindustrian yang saling berkaitan dengan ekosistem Internet tempatan, sekali gus melengkapkan kedua-dua pelan tindakan pembangunan digital negeri dan Persekutuan dari segi infrastruktur rangkaian.

Hab kesalinghubungan itu juga akan membekalkan sambungan internet tempatan kepada perniagaan-perniagaan di wilayah utara, serta menyediakan tempat yang lebih selesa dan mudah diakses untuk penggiat-penggiat teknologi.

Hab itu dijadualkan siap menjelang 2024 sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik ini. Langkah itu akan membuka peluang kepada potensi kerjasama dengan sektor swasta serta penggiat-penggiat teknologi serantau lain dalam industri untuk meningkatkan lagi infrastruktur Internet negara.

Ia juga satu langkah ke hadapan dalam infrastruktur internet Malaysia dengan mewujudkan hab kesalinghubungan di sepanjang sempadan utara  bagi memastikan prestasi Internet yang lebih baik.

Pada masa yang sama, satu poin IX juga akan dibina di pusat data ini untuk memudahkan pertukaran trafik serantau oleh DE-CIX Malaysia, pengendali IX yang menyediakan sambungan berkelajuan tinggi dengan kependaman rendah ke kawasan yang kurang mendapat liputan Internet di Asia Tenggara.

Utusan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img