spot_img
spot_img

60 tahun ke atas dan mereka ada masalah kesihatan serius, digalakkan ambil booster ke 2

spot_img

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mencadangkan suntikan penggalak (booster) kedua bagi individu yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai masalah kesihatan serius serta kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas yang mengalami gangguan imun.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata suntikan booster ke dua ini tidak wajib tetapi secara sukarela, dan butiran lanjut mengenai mendapatkan suntikan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

“Tidak akan ada program seperti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk ini tetapi saya ingin menambah bahawa mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang mengalami masalah kesihatan boleh diberi suntikan penggalak kedua selepas enam hingga lapan bulan suntikan penggalak pertama mereka.

- Advertisement -

“Kanak-kanak lemah imun yang serius berumur  dari 12 tahun ke atas boleh mengambil suntikan kedua selepas 28 hari suntikan vaksin pertama. Kami akan menyerahkan kepada individu dan ibu bapa mereka untuk mendapat nasihat doktor dan membuat keputusan selepas itu.

“Sekali lagi kami tidak memaksa sesiapa untuk mengambil suntikan booster ke dua ini. Rujuk dengan pakar perubatan anda dahulu,” kata Khairy.

Beliau juga berkata bahawa mereka yang sihat dan berumur 60 ke atas juga boleh mengambil suntikan penggalak kedua, tetapi hanya selepas berunding dengan doktor mereka dan jika ini lebih bermanfaat daripada berisiko.

- Advertisement -

Khairy berkata satu-satunya vaksin untuk suntikan penggalak kedua ini ialah vaksin Comirnaty oleh Pfizer-BioNTech.

Menurut CovidNow di Malaysia empat vaksin telah digunakan iaitu Pfizer (60.5 peratus), Sinovac (30.9 peratus), AstraZeneca (8.2 peratus) dan CanSino (0.3 peratus).

Khairy berkata keputusan untuk meminta kumpulan yang terdedah mengambil suntikan vaksin Covid-19 kedua atau keempat dilakukan selepas kajian teliti.

Beliau berkata mereka yang menghidap penyakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan hati serta penghidap diabetes berisiko tinggi untuk meninggal dunia jika dijangkiti.

Khairy bagaimanapun berkata jika mereka memutuskan untuk tidak mengambil vaksin keempat, mereka tidak akan kehilangan status vaksin sepenuhnya.

Vaksin AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac memerlukan dua suntikan untuk status vaksinasi penuh, manakala hanya satu suntikan diperlukan untuk Johnson & Johnson dan CanSino. Rakyat Malaysia setakat ini telah diberi pilihan untuk satu dos penggalak Pfizer.

“Sama ada anda mengambilnya atau tidak, status vaksinasi anda kekal seperti sedia ada. Kami mempunyai baki 5.6 juta dos Pfizer buat masa ini yang saya rasa sudah cukup untuk mereka dalam kategori ini kerana tidak ramai yang layak dari segi umur dan kesihatan,” katanya.

Sebelum ini, Khairy berkata kira-kira dua juta penerima vaksin Covid-19 akan kehilangan status vaksin sepenuhnya jika mereka tidak mendapat suntikan penggalak sebelum 1 April. Majoritinya terdiri daripada penerima Sinovac.

Data menunjukkan bahawa perlindungan daripada terkena jangkitan Covid-19 menurun sebanyak 20 peratus untuk vaksin Pfizer dan 48 peratus untuk vaksin jenis Sinovac antara tiga dan lima bulan selepas menerima dos pertama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img