spot_img
spot_img

Amazon tutup kedia buku, fokus kepada peruncitan

spot_img

(2 Mac): Amazon.com Inc merancang untuk menutup semua 68 buah kedai buku, mengubah kepada kedai yang menjual mainan dan barangan rumah di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ini akan menamatkan perniagaan pertama mereka yang paling lama.

Berita itu, yang pertama kali dilaporkan oleh Reuters, menandakan titik perubahan bagi sebuah syarikat yang bermula sebagai penjual buku dalam talian dan juga menyebabkan pesaing terkenal seperti kedai buku Borders jatuh muflis. Amazon berkata ia akan memberi lebih tumpuan kepada pasaran runcitnya dan konsep gedung serbaneka pada masa hadapan.

Selepas membuka kedai buku pertamanya di Seattle pada 2015, Amazon telah mencuba pelbagai idea dalam segmen penjualan runcit: kedai serbaneka tanpa juruwang, pasar raya, dan format runcit yang dipanggil “4-bintang” di mana ia menjual mainan, barangan rumah dan barangan lain dengan penilaian pelanggan yang tinggi.

- Advertisement -

Amazon telah menyasarkan untuk mencapai pelanggan di lebih banyak tempat dan membawa sentuhan dalam taliannya ke dunia nyata.

Beberapa penganalisis berkata Amazon yang menguasai pasaran dalam internet sejak sekian lama kini bertindak tepat untuk melepaskan pasaran buku, sama seperti syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla Inc yang cuba membuka stesen minyak.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img