Parti MUDA yang ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mempunyai hubungan politik yang baik dengan DAP.
Dilaporkan beberapa program MUDA di Johor, hampir pasti akan terlihat kelibat pemimpin DAP bersama-sama menjayakan majlis mereka.
“Kemesraan” ini telah menimbulkan perasaan tidak senang PKR, terutamanya sayapnya iaitu AMK.
Namun ia tidak diendahkan oleh kepimpinan Muda, malah mereka terus aktif melakukan aktiviti politik dan mendekati pengundi di PRN Johor. Muda dilihat sangat efektif dan bijak menyampaikan informasi di platform digital.
Syed Saddiq berkata adalah tidak mustahil akan berlaku pertembungan antara MUDA dan PKR. Jika ini berlaku, maka penganalisis politik terus berpendapat bahawa UMNO BN akan memiliki kelebihan (jika DUN luar bandar). Jika DUN di kawasan bandar juga, dikatakan BN boleh menang kerana pengundi atas pagar masyarakat Cina dan Melayu akan berpecah kepada PH, PKR, PN dan BN. Itu belum termasuk jika ada calon bebas yang ‘ditaja’. Ahli-ahli UMNO dan penyokong BN dikatakan akan kekal mengundi BN.
DAP didakwa sekadar memperalatkan MUDA yang nyata kekurangan pengalaman politik sebagai magnet untuk menarik sokongan pengundi muda, sebagaimana mereka menyokong Amanah bagi menarik undi masyarakat Melayu.
Namun apa yang pasti, DAP dan MUDA sememangnya sealiran sebagai parti politik yang liberal dan tidak akan bersetuju dengan ketuanan Melayu.
Syed Saddiq adalah Ahli Parlimen pertama Malaysia yang menerima biasiswa daripada Universiti Nasional Singapura bagi program possiswazah di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew (LKYSPP). Kelas kuliahnya dikendalikan oleh ahli politik Singapura dan anggota kanan perkhidmatan awam.
Syed Saddiq sebelum ini menolak dua tawaran oleh Universiti Oxford, termasuk tawaran bersyarat biasiswa Chevening bagi program sarjana dalam dasar awam. Tawaran itu ditolak kerana beliau tidak mahu ia menggangu kerjanya dalam arena politik.