Pagoh 18 Feb : Dalam siri ceramah Perikatan Nasional, Presiden PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa Presiden UMNO yang terpalit dengan 42 kes mahkamah datang ke rumahnya dengan membawa fail-fail kes yang bertimbun.
Muhyiddin berkata, perkara tersebut hanya diketahuinya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri apabila menerima kunjungan Ahmad Zahid.
“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).
“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya.
Menjawab kenyataan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii menerusi ciapan di Twitternya dengan mendakwa, ada pujukan dan rayuan kepada Zahid dan berjanji untuk melepaskan Zahid dari Mahkamah agar Umno terus sokong beliau sebagai PM.
Ini dikatakan berlaku semasa Umno manu menarik semula sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri waktu itu.
Menurut Mazlan lagi, Zahid tidak melayan lagi permintaan itu dan bertegas untuk menarik sokongan dari Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Malah, Mohd Razlan berkata, Ahmad Zahid boleh sahaja tidak didakwa di mahkamah sekiranya mengikut kehendak Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri, untuk menyokong Bersatu dan membubarkan Umno.
“Cukup-cukuplah menabur fitnah wahai Muhyiddin, parti Umno berjuang untuk Kestabilan, parti kamu pula terus berjuang untuk menabur hasad dengki.
“Ingat lagi Muhyddin berdegar-degar semasa kempen PRU14 membalun PAS, sekarang lain pulak. Hari ini dia berdegar-degar berkempen membenci dan menfitnah lagi,” katanya.
Justeru, Mohd Razlan meminta Muhyiddin berhenti menabur fitnah terhadap Umno.