spot_img
spot_img

Bajet $372 juta untuk sektor pekerjaan & perniagaan Singapura

spot_img

SINGAPURA (18 Feb): Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong mengumumkan pakej S$500 juta (AS$372 juta) untuk menyokong pekerjaan dan perniagaan sebagai sebahagian daripada bajet belanjawannya pada hari ini, sambil menambah bahawa kerajaan akan menghulurkan bantuan disasarkan secara berasingan untuk sektor penerbangan yang kini sedang bergelut akibat wabak Covid19.

Kerajaan Singapura telah memberikan komitmen hampir S$100 bilion sejak dua tahun lalu untuk menyelesakan rakyatnya, sektor perniagaan dan ekonominya daripada kesan pandemik Covid-19.

Wong juga berkata kerajaan akan meluluskan pakej S$560 juta untuk membantu rakyat Singapura menangani peningkatan kos sara hidup.

- Advertisement -

Beliau berkata kerajaan memantau dengan teliti risiko kenaikan inflasi dan kos sara hidup, yang didorong oleh pemulihan dalam permintaan global di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan yang berterusan dan juga oleh kenaikan harga tenaga.

Singapura meramalkan ekonominya berkembang 3%-5% tahun ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img