spot_img
spot_img

Calon PN angkat sumpah anti rasuah, Muda guna bendera sendiri.

spot_img

Johor Bahru, 17 Feb — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan setiap calon daripada gabungan itu mengangkat sumpah menentang rasuah menjelang pilihan raya negeri Johor, sama seperti pilihan raya negeri di Melaka sebelum ini. Ia adalah sejajar dengan tawaran PN untuk kerajaan yang bersih sekiranya mereka memenangi pilihan raya negeri Johor.

Ditanya berkenaan beliau yang tidak mempertahankan kerusinya di DUN Gambir, Muhyiddin berkata ia kerana untuk memberi fokus akan tugasnya di peringkat persekutuan. Namun beliau berjanji akan membantu calon-calon PN.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Parti Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) akan menggunakan logonya sendiri di PRN Johor, menurut presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

- Advertisement -

Beliau berkata Muda mungkin underdog dalam pilihanraya kali ini. Muda mahu menjadi suara pembangkang yang kuat dan suatu hari sebagai sebuah kerajaan. Ini adalah penampilan sulung mereka di pilihanraya

Syed Saddiq mengakui banyak yang diharapkan daripada Muda dalam penampilan sulung pemilihannya, dan mengulangi bahawa niat partinya adalah ikhlas dan mahu memenuhi keperluan pengundi, terutama yang lebih muda.

Muda mengumumkan setiausaha agungnya Amira Aisya Abd Aziz sebagai calon pertamanya untuk calon pilihan raya Johor pada 14 Februari.

- Advertisement -

(Amira bersama Syed Saddiq – Foto Kosmo)

Muda ingin menonjolkan pemimpin baharu yang segar dan berwawasan, serta wanita yang berpandangan ke hadapan.

“Ia kerana kita tidak nampak hanya seorang tokoh atau individu. Muda lebih besar daripada Syed Saddiq sahaja dan saya terhutang budi kepada ramai pemimpin muda dan akar umbi yang telah berjuang dan berkhidmat selama ini.

Amira Aisya, 27, akan bertanding di kerusi Puteri Wangsa.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img