KUALA LUMPUR, 15 Feb ― Datuk Seri Najib Razak diperkenan mengadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim dan isteri Che Puan Khaleeda Bustamam semalam, sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Johor menjelang pilihan raya negeri.
Najib berkata mereka telah membincangkan pembangunan negeri dan visi selanjutnya jika Johor diterajui oleh Barisan Nasional (BN).
“Saya percaya Johor mempunyai potensi besar dan boleh menjadi pintu masuk utama kepada pemulihan ekonomi Malaysia. Pelaburan, pekerjaan dan pembangunan harus menjadi tiga fokus utama,” katanya dalam Facebook semalam.
Kemudian Najib menyiarkan di Facebooknya walkabout di sekitar tempat tumpuan Johor Baru, menarik perhatian orang ramai.
(Walkabout Najib bersama rakyat Johor Bahru)
Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau merasakan Johor mempunyai kawasan perindustrian yang luas yang boleh dimajukan lagi, dan dengan pengurusan modal insan dan industri perkhidmatan yang baik.
“Dengan infrastruktur yang baik dan perancangan negeri yang holistik, saya yakin Johor boleh kembali ke tahap tertinggi sebelum 2018.
“Itulah yang BN tawarkan. Inilah yang BN akan usahakan,” tambahnya.
TMJ pula pada hari yang sama telah menyiarkan di Twitter milik beliau, menunjukkan bahawa sektor perkilangan negeri itu mengalami peningkatan pada 2018.
Tetapi Pakatan Harapan telah mengambil alih kerajaan negeri selepas pilihan raya umum ke-14 tahun itu, terus menyaksikan penurunan.
(Ciapan TMJ di tweeter miliknya)
“Saya berharap ekonomi negeri akan bertambah baik, dan secara tidak langsung memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada Bangsa Johor. Ini penting bagi memastikan rakyat dapat menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi dan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.
“Kita memerlukan dasar ekonomi yang memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang jelas. Kita mesti bersatu dan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi. Ini sepatutnya menjadi tumpuan kita,” tulisnya.
Johor akan menyaksikan pilihan raya negeri pada 12 Mac berikutan pembubaran kerajaan negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Johor pada 12 Mac, manakala pengundian awal pada 8 Mac. Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari.