JOHOR BARU, 15 Feb — Parti Warisan (Warisan) secara rasmi telah dilancarkan di Johor malam tadi dan mengungumkan beberapa nama dalam barisan kepimpinan parti itu.
Hadir sama pada majlis makan malam di Restoran Pekin di Taman Sutera di sini malam ini ialah Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau diiringi pemimpin kanan parti termasuk naib presidennya Datuk Junz Wong manakala lebih 1,000 orang hadir.
Masalah teknikal menyebabkan tersalah paparan projector, tertera nama bekas pengerusi parti Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Mazlan Bujang sebagai penyelaras negeri Johor untuk Warisan.
Walau bagaimanapun, slaid itu telah diganti dengan cepat.
Mazlan, penyandang ADUN Puteri Wangsa dan bekas exco kerajaan Johor, telah diramalkan untuk menyertai Warisan selepas keluar dari Bersatu bulan lepas.
Difahamkan, Mazlan akan disertai oleh penyelaras negeri Warisan yang lain iaitu Datuk Sunther Subramaniam, yang merupakan anak kepada bekas timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Bekas naib ketua wanita Gerakan Wong Siew Poh, yang juga sebelum ini ketua parti dan bekas ADUN Skudai, turut dinamakan oleh Warisan sebagai penyelaras negeri.
Ketiga-tiga mereka akan diketuai oleh bekas ADUN Kukup Suhaimi Saleh sebagai ketua penyelaras parti Johor.
Suhaimi, bekas timbalan ketua bahagian Umno Tanjung Piai sebelum 2018, juga katakan telah menyertai Warisan sejak awal Januari lalu.
Keempat-empat penyelaras, diketuai oleh Suhaimi, adalah sebahagian daripada kepimpinan negeri Warisan.
Difahamkan beberapa penyelaras negeri akan diletakkan oleh Warisan sebagai calon pilihan raya negeri Johor akan datang.