spot_img
spot_img

Bukan musuh dengan UMNO, tetapi dengan pesalah-pesalah di dalamnya

spot_img

Alor Setar 13 Feb : Bersatu tidak memusuhi UMNO, tetapi akan lawan habis-habisan pemimpin-pemimpin UMNO yang buruk laku, yang korup, yang putar belit, yang berlagak suci, dan  yang sebati dengan sifat-sifat buruk, menurut kenyataan Ketua Bersatu Bahagian Pendang, Lt Kolonel Bersekutu (PA) Abdul Razak Khamis.

(Abdul Razak Khamis, 2 dari kanan)

- Advertisement -

Menurut beliau, pemimpin-pemimpin UMNO ini pada hakikatnya bukan sahaja musuh dalam politik tetapi musuh bagi setiap rakyat Malaysia yang mahu melihat negara ini kembali bermaruah di bawah pimpinan ketua yang mementingkan akhlak, mengutamakan ketulusan dan menjunjung ketelusan.

”Di kalangan saudara mara dan kawan rakan kita pun ramai orang UMNO. Tidak kira apa pun terjadi, pertalian antara kita dan mereka tetap kekal.” ujar beliau bahawa UMNO dan individu bersalah adalah dua perkara berbeza.

Ini dibuktikan dengan kerjasama membentuk kerajaan PN bersama UMNO pada Mac 2020 yang lalu, dan bersatu masih terus menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri yang ada pada hari ini.

- Advertisement -

Tegas beliau, pemimpin UMNO yang didapati bersalah oleh mahkamah adalah pengkhianat perjuangan dan aspirasi orang Melayu yang selama puluhan tahun memberi kepercayaan kepada mereka.

”Orang ini dan konco-konconya sedang berusaha untuk membuat comeback sekarang. Mereka terus mahu memperbodohkan rakyat dengan perjuangan palsu yang pada dasarnya berasaskan prinsip rakyat secubit,mereka sekarung”, katanya yang merujuk kepada kluster mahkamah UMNO.

Saya ulangi sekali lagi bahawa menyekat langkah mereka ini adalah tuntutan ke atas kita semua yang sayangkan negara ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin juga diselar oleh Abdul Razak dan menekankan bahawa menyekat langkah kluster mahkamah untuk mara ke depan adalah tuntutan ke atas semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara.

Sebelum ini, Khaled Nordin membuat kenyataan bahawa Presiden BERSATU ketiadaan modal kerana asyik mengungkit soal kluster mahkamah.

Bersatu dan seluruh rakyat Malaysia akan berlawan dengan kluster mahkamah dan jika UMNO turut menyokong pemimpin-pemimpin ini, maka Bersatu juga akan memusuhi parti UMNO, kata Abdul Razak diakhir kenyataannya.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img