DUBAI (7 Feb): Syarikat Uber di Timur Tengah, Careem sedang mengenalpasti untuk mendapatkan lebih 200 tenaga kerja dalam syarikat itu, dipetik dari akaun LinkedIn syarikat itu.
Careem mencari bakat yang merangkumi seluruh syarikat itu seperti jurutera, penganalisis data, pengurus operasi, pereka platform, dan semua yang diperlukan semasa kini.
Careem dibeli oleh Uber Technologies Inc pada 2019 dengan harga AS$3.1 bilion, di mana Careem sedang mengusahakan untuk melancarkan apps supernya, yang akan menawarkan perkhidmatan kepada bukan sahaja penghantaran makanan, tetapi termasuk juga pembayaran digital dan perkhidmatan penghantaran lojistik lain.
Pengambilalihan Careem pada tahun 2019 oleh Uber memberikan penguasaan pasaran syarikat AS itu di seluruh Timur Tengah dan Pakistan, sebelum tawaran awam permulaan Uber pada tahun yang sama yang berjaya mengumpul AS$8.1 bilion daripada pelabur dan menilai syarikat itu pada AS$82.4 bilion.