spot_img
spot_img

Pendekatan PN di Johor harus lebih membina

spot_img

Johor Bahru 6 Feb : Perikatan Nasional (PN) harus memastikan bahawa gabungan itu mempunyai naratif manifesto yang mampu memenangi hati rakyat Johor dengan idea, visi dan misi bukan hanya semata-mata menyalahkan pihak lain kerana PN adalah salah satu komponen dalam kerajaan pusat dan negeri.

Pandangan itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Bersatu Gelang Patah, Fakhrul Anwar semasa perjumpaan PN di kawasan itu.

“Rakyat Malaysia secara umumnya telah mengetahui selepas apa yang dikenali sebagai ‘Langkah Sheraton’, UMNO secara en bloc telah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Balasannya, jawatan-jawatan Menteri dan GLC (Government Link Company) turut diberikan kepada ahli-ahli parlimen UMNO”, ujarnya.

- Advertisement -

Tetapi sebaliknya UMNO tidak peduli kepada Bersatu dan penyatuan Melayu. UMNO dilihat terus mengambil peluang tersebut bagi memperkuatkan parti mereka semula selepas tewas di PRU14.

“Dengan pengalaman lebih 60 tahun yang ada pada UMNO, maka sebahagian besar jawatan-jawatan dalam GLC dapat dikuasai oleh mereka. Sebaliknya bagi parti Bersatu pula, kita telah kehilangan Kedah dan Perak. Mereka menguasai Melaka sekarang. Jawatan ketua-ketua kampung di Johor terus dimonopoli oleh UMNO”, kata Fakhrul yang juga seorang peguam.

Tambah beliau lagi, walaupun UMNO dilihat berpecah kepada tiga atau empat kumpulan, termasuk ada sebilangan pemimpin UMNO yang dikatakan menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi akhirnya Bersatu tetap kehilangan jawatan Perdana Menteri.

- Advertisement -

Fakhrul juga berpendapat Bersatu harus membina kekuatan perjuangan akar umbi sendiri mulai sekarang selain sokongan dari parti komponen PN. Ini kerana PAS juga ada perbezaan pendapat dikalangan pemimpin dan ahli-ahli mereka sama ada untuk bersama PN atau MN (Maufakat Nasional bersama UMNO).

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img