spot_img
spot_img

Tan Sri Azman Hashim bersara

spot_img

KUALA LUMPUR, 27 Jan — AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) hari ini mengumumkan Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac 2022, selepas tamat tahun kewangannya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, bank itu berkata Azman akan meneruskan sumbangan idea dan pandangannya kepada kumpulan itu sebagai pengerusi emeritus/penasihat kehormat selepas bersara dan kekal sebagai pemegang saham utama kumpulan itu.

“Tan Sri Azman adalah salah seorang tokoh perbankan negara, yang bermula dalam sektor itu pada 1960-an.

- Advertisement -

(Tan Sri Azman Hashim, pengasas Ambank)

“Dengan semangat keusahawanan yang kuat, beliau telah menjadi pemacu utama pertumbuhan Kumpulan Ambank sejak 1982, dari asalnya sebagai Bank Pembangunan Arab-Malaysia dengan kakitangan awal seramai 200 orang dan membinanya sehingga kini sebagai sebuah konglomerat kewangan — Kumpulan AmBank — dengan lebih 9,000 kakitangan,” katanya.

- Advertisement -

Kumpulan itu berkata pandangan jauh Azman dalam merangka pelan penggantian kumpulan sejak 2017 telah membolehkan pasukan yang dedikasi diwujudkan, bagi memastikan pertumbuhan berterusan kumpulan itu.

“Kumpulan AmBank ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Azman Hashim, atas visi cemerlang beliau, kepimpinan yang mantap dan dedikasi beliau yang tidak berbelah bahagi,” tambahnya. — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img