KUALA LUMPUR (Jan 27): Pengerusi Pharmaniaga Bhd Datuk Seri Shazalli Ramly akan ditukar sebagai Pengarah, manakala Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique akan mengambil alih jawatan nombor satu itu.
Menurut pengunguman yang dibuat kepada bursa, pertukaran itu akan berkuat kuasa pada 1 Feb 2022.
Pengerusi yang baru Zainal Abidin, merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, memegang beberapa jawatan pengarah pada masa ini, termasuk dalam Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Clock Tower Hotel Sdn Bhd, dan QI – pmc Sdn Bhd.
Dalam pemfailan berasingan, kumpulan itu juga mengumumkan pelantikan semula pengarah bebas Zulkifli Jaafar sebagai pengarah eksekutif.
Shazalli dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif kumpulan farmaseutikal itu pada 1 Mac 2021, menjadi tajuk utama selepas beliau dilantik sebagai pengarah urusan Boustead Holdings Bhd tiga bulan sebelumnya.
Beliau juga dilantik ke lembaga pengarah Boustead Heavy Industries Corp Bhd sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif.
Sebelum jawatannya sekarang, beliau merupakan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd dari April 2017 hingga Jun 2018. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif serantau dan naib presiden eksekutif korporat Axiata Group Bhd dari 2016 hingga 2017.
Dari 2005 hingga 2016, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah Celcom Axiata Bhd. Tugas penting lain termasuk menjadi ahli lembaga pengarah Malaysia Airline System Bhd dan pasukan petugas khas Proton Holdings Bhd.