spot_img
spot_img

PM mahu RUU anti lompat parti dipercepat – Wan Junaidi

spot_img

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Cadangan rang undang-undang baru Malaysia terhadap lompat parti politik dijangka dibentangkan di Parlimen pada Februari hingga Mac, lebih awal berbanding jadual asal Julai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata kerajaan pusat dan Pakatan Harapan (PH) mahu transformasi dan kestabilan politik. Mereka bersama-sama mahu mencadangkan undang-undang anti-lompat parti, menurut mesyuarat dalam jawatankuasa semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini,  antara perkara penting yang dibincangkan ialah keperluan mempercepatkan pembentangan RUU anti lompat parti selaras dengan komitmen kerajaan persekutuan terhadap memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani sebelum ini pada 13 September 2021 oleh kerajaan dan pembangkang (PH).

- Advertisement -

Beliau berkata mesyuarat itu telah memutuskan bahawa Rang Undang-undang anti lompat parti akan dimuktamadkan dan dibentangkan dalam mesyuarat pertama Parlimen tahun ini yang akan bermula pada 28 Februari.

Wan Junaidi juga berkata ini adalah selaras dengan saranan perdana menteri untuk mempercepatkan Rang Undang-undang ini.

“Untuk mendapatkan pandangan daripada semua pihak, satu Jawatankuasa Teknikal dwipartisan akan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi Dan Kestabilan Politik,” katanya sambil menambah bahawa jawatankuasa teknikal ini akan mempunyai empat wakil daripada kerajaan persekutuan dan empat wakil daripada PH.

- Advertisement -

“Jawatankuasa Teknikal ini akan bermesyuarat minggu depan untuk memperincikan perkara dasar dan rangka kerja perundangan yang dicadangkan,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, Wan Junaidi juga berkata bahawa penggubalan Rang Undang-undang atau peruntukan anti lompat parti memerlukan kajian terperinci dan sesi penglibatan holistik bagi membolehkan dasar diputuskan terlebih dahulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img