spot_img
spot_img

Utamakan mangsa banjir dari PRN

spot_img

ALASAN mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, adalah tidak wajar.

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Md. Nasir Hashim, berkata tiada sebarang isu atau masalah disebabkan kekosongan kerusi DUN Kempas.

“Tidak wajar diadakan PRN Johor ketika ini. Selain baru sahaja Allahyarham Datuk Osman Sapian meninggal dunia, beberapa daerah di Johor masih mengalami banjir.

- Advertisement -

“Lebih baik wang yang mahu diperuntukan untuk PRN itu disalurkan bagi membantu mangsa banjir kerana ini merupakan keutamaan pada masa sekarang,” katanya hari ini.

Namun begitu, beliau berkata Bersatu Johor tidak leka dan meminta semua ketua bahagian bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan PRN dalam waktu terdekat.

Keadaan politik di Johor kini panas selepas timbulnya khabar angin pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan PRN diadakan bertiup kencang sejak berakhirnya sidang DUN Khas pada minggu lalu.

- Advertisement -

Pelbagai ura-ura diperkatakan termasuk bakal timbul ADUN Bebas dan PRN Johor dijangka berlaku pada Januari atau Februari dan ada yang menjangkakan Mac.

Di pihak UMNO Johor, mereka cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi PN untuk menekan button supaya kerajaan negeri jatuh dan boleh diadakan pilihanraya.

“Saya boleh tekan button, semua jatuh… saya jatuh kerana UMNO tidak sokong,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 November 2021 lalu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img