spot_img
spot_img

Satu lagi syarikat Malaysia dalam pembuatan topeng muka & sarung tangan

spot_img

BATU KAWAN (15 Jan): Syarikat pembangunan pelancongan dan hartanah kini mencebur diri menjadi pengeluar produk penjagaan kesihatan, Iconic Worldwide Bhd, melalui anak syarikatnya Iconic Medicare Sdn Bhd, telah melancarkan kemudahan pembuatan sarung tangan dan topeng muka bernilai RM200 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pelancaran kilang yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Kilang yang dibina di atas tanah seluas 5.5 ekar itu dijangka menghasilkan kapasiti pengeluaran minimum sebanyak 3.3 bilion keping sarung tangan dan 220 juta keping topeng muka pakai buang setahun.

- Advertisement -

Menurut laporan, kumpulan itu telah pun menerima tempahan besar-besaran untuk sarung tangan dan topeng mukanya, kebanyakannya dari AS, Eropah, Afrika dan Asia.

Iconic Worldwide berkata mereka di landasan yang betul untuk menjadi pemain utama dalam pasaran global dalam tempoh lima tahun.

Sebulan yang lalu, Iconic Worldwide telah memperoleh kelulusan pemberitahuan pra-pasaran sebanyak 510 (k) daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA – Food Drug Administration) untuk mengedarkan sarung tangan gred perubatan di seluruh AS.

- Advertisement -

Walaupun vaksin Covid-19 di seluruh dunia menjadi keutamaan, kumpulan itu menyatakan bahawa kemunculan varian seperti Omicron dijangka dapat mengekalkan permintaan untuk sarung tangan dan topeng muka dalam jangka pendek. Untuk jangka panjang pula mereka menyasarkan 30%-40% manusia masih menggunakan topeng muka.

Selain mengembangkan kapasiti pengeluarannya dengan memasang barisan pengeluaran baharu di kilang Batu Kawannya, kumpulan itu juga merancang untuk menambah baik automasi proses pembuatan kilang itu. 80% daripada proses pembuatan kilang itu adalah automatik dan mahu meningkatkannya kepada 90-100% automatik dari sekarang.

Dari segi modal, Iconic Worldwide telah menjana dana yang mencukupi secara dalaman untuk memenuhi keperluan kewangan bagi rancangan pengembangannya.

Sumber : TheEdgeMarket – Izzul Ikram

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img