spot_img
spot_img

PTPTN bagi AngPow

spot_img

KUALA LUMPUR (16 Jan): Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah menarik bernilai hampir RM100,000 kepada semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menerusi kempen Gong Xi Ang Pow 2022.

PTPTN dalam satu kenyataan pada Ahad (16 Jan) berkata kempen yang bermula Sabtu (15 Jan) hingga 15 Feb ini adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan sebagai menghargai pendeposit yang setia kepada SSPN.

Bertemakan “Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau!”, lapan pemenang bagi setiap negeri akan dipilih untuk memenangi antara lain televisyen pintar, periuk tekanan tinggi dan basikal lipat selain hadiah saguhati berupa RM388 ang pow.

- Advertisement -

Menurut PTPTN, pendeposit hanya perlu mempunyai simpanan serendah RM50 semasa kempen dan layak mendapat satu cabutan secara automatik untuk menyertai kempen tersebut.

Dalam pada itu, pendeposit juga akan menikmati pelbagai manfaat simpanan SSPN yang disediakan seperti dividen kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Butiran lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow 2022, membuka akaun simpanan SSPN dan menambah simpanan boleh didapati di laman web www.lovesspn.com.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img