spot_img
spot_img

Orang terkaya Asia transformasi perniagaan ke arah tenaga hijau

spot_img

(13 Jan): Syarikat gergasi milik Mukesh Ambani, orang terkaya di Asia, mengumumkan rancangan untuk melabur sebanyak AS$76 bilion pada projek tenaga bersih.

Reliance Industries Ltd, telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Gujarat untuk jumlah pelaburan bernilai 5.96 trilion rupee (AS$81 bilion). Daripada jumlah ini, kira-kira 5 trilion rupee akan digunakan dalam tempoh 15 tahun akan datang untuk membina 100 gigawatt projek kuasa yang boleh diperbaharui (renewable energy) dan rangkaian hidrogen hijau, manakala 600 bilion rupee lagi akan digunakan untuk kilang membuat modul solar, elektrolisis hidrogen, sel bahan api dan bateri simpanan.

Jumlah selebihnya akan dibelanjakan dalam projek baru, termasuk peningkatan rangkaian telekomunikasinya untuk perkhidmatan 5G dan pengembangan perniagaan runcit penggunanya. Reliance telah pun “memulakan proses meninjau tanah” untuk projek tenaga boleh diperbaharui dan telah meminta pentadbiran Gujarat sebanyak 450,000 ekar (182,110 hektar) di wilayah Kutch yang tiada penghuni.

- Advertisement -

Walaupun pelaburan itu hanyalah memorandum persefahaman sekarang, ia menggariskan skop visi tenaga hijau Ambani dan merupakan satu peningkatan besar daripada pelaburan AS$10 bilion dalam tempoh tiga tahun yang diumumkannya pada bulan Jun. Ambani sedang dalam usaha mengubah empayarnya bahan api fosil dan mentransformasi ke arah tenaga hijau dan teknologi digital.

Projek-projek ini juga akan meningkatkan sasaran Reliance untuk menjadikan operasinya neutral karbon menjelang 2035 — sasaran tinggi untuk sebuah syarikat yang memperoleh 60% daripada hasilnya melalui perniagaan penapisan minyak dan petrokimia.

Pengumuman itu susulan pakatan konglomerat yang diketuai bilionair Gautam Adani dengan gergasi keluli Korea Selatan Posco untuk meneroka peluang perniagaan di India, termasuk menubuhkan kilang keluli hijau di Gujarat dengan potensi pelaburan sebanyak AS$5 bilion. Adani telah komited untuk melabur sejumlah AS$70 bilion menjelang 2030 merentasi rantaian nilai tenaga hijaunya.

- Advertisement -

Kedua-dua jutawan dan keupayaan mereka untuk bercakap mengenai komitmen tenaga hijau adalah penting jika kerajaan pimpinan Narendra Modi perlu mencapai sasarannya untuk menjadikan negara India sifar karbon menjelang 2070.

Seperti pesaing-pesaing, kumpulan Reliance dan Adani, yang menjana kekayaan mereka daripada bahan api fosil, kini secara agresif mengembangkan inisiatif tenaga bersih mereka di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat untuk menyertai perjuangan menentang perubahan iklim.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img