spot_img
spot_img

Separuh Eropah dijangkiti Omicron – Malaysia buat Pelan Pemulihan Negara 2.0

spot_img

Eropah menyaksikan lebih daripada 7 juta kes Covid-19 yang baru dilaporkan pada minggu pertama 2022, lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh dua minggu, pengarah WHO Eropah Hans Kluge memberitahu dalam satu taklimat berita.

“Pada kadar ini, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan meramalkan bahawa lebih daripada 50% penduduk di rantau ini akan dijangkiti Omicron dalam tempoh 6-8 minggu akan datang,” kata Kluge.

Bagaimanapun, vaksin semasa yang diluluskan terus memberi perlindungan dan mengurangkan simptom supaya menjadi lebih teruk, mengelakkan kemasukan ke hospital dan kematian, katanya.

- Advertisement -

Kluge juga menyeru negara-negara untuk memastikan sekolah dibuka. “Sekolah sepatutnya menjadi tempat terakhir ditutup dan yang pertama dibuka semula,” katanya.

Perkara yang sama di Malaysia, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa negara tidak akan balik kepada cara lama iaitu mengenakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) atau lockdown menurut beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Isnin lalu.

- Advertisement -

(Tan Sri Muhyiddin Yassin)

Di dalam mesyuarat tersebut juga, Muhyiddin menyebut kawalan sempadan dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) ketat yang akan dikenakan turut dijelaskan.

Pada masa yang sama, Pelan Pemulihan Negara 2.0 akan dirangka segera secara komprehensif dan inklusif melibatkan input daripada semua pemegang taruh diperlukan.

“Ia memandangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan pada tahun 2021 merupakan exit strategy membolehkan negara dibuka dengan selamat telahpun membuahkan hasil,” katanya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img