spot_img
spot_img

Rakyat berdepan dengan kadar inflasi yang tinggi

spot_img

Johor Bahru 12 Jan : Rakyat kini berdepan dengan kos sara hidup dan inflasi yang tinggi setelah ekonomi dibuka kembali selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), yang berlangsung hampir dua tahun lalu.

“Hasil perancangan kerajaan sebelum ini melalui PKP yang terancang, kemudian strategi untuk keluar dari penutupan ekonomi melalui Pelan Pemulihan Negara, ia telah memberi kelegaan kepada rakyat, tetapi kini kita telah mengalami inflasi pula”, ujar Tn Hj Fakhrul Anwar bin Ramli, Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Menurut beliau, inflasi dapat dirasai terutama sekali ke atas penduduk-penduduk bandar seperti Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Sektor F&B (food and beverages) terpaksa menampung kos bahan mentah yang naik sehingga 100% dan ada yang 300%.

- Advertisement -

“Harga barangan pertanian naik mendadak selepas tamat PKP. Para peniaga makanan tidak dapat elak untuk terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman mereka di restoran. Terdapat juga kenaikan harga berlaku di kantin sekolah. Inilah yang sedang berlaku dan memberi kesan kepada seluruh kehidupan rakyat”, ujarnya.

Di sektor pembinaan pula, harga bahan mentah seperti besi, naik dan menyebabkan margin keuntungan menjadi rendah buat para kontraktor, khususnya kontraktor bumiputera yang kembali mengorak langkah selepas PKP.

“Dulu sewaktu PKP kita tidak terasa kenaikan harga mendadak dalam perkara-perkara asas ini”, ujar beliau. Beliau menyeru pihak berkuasa, agensi kerajaan, kerajaan negeri dan pusat untuk fokus kepada isu rakyat ini.

- Advertisement -

“Lihat di Singapura. Mereka berjaya mengekalkan harga makanan yang stabil sejak dari tahun 90-an lagi seiring dengan peningkatan kadar upah pekerja mereka. Di dalam konteks Malaysia pula, apa yang berlaku ialah perbezaan yang begitu ketara antara kadar upah (gaji) dengan inflasi. Gaji graduan kita sekarang pun bermula dengan RM1500 sahaja, graduan tahun 90-an pun lebih kurang sama, tetapi kini kita sudah di tahun 2022”.

Menurut rekod, Fakhrul berkata fasa pemulihan selepas PKP agak sukar untuk dilakukan kerana inflasi. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menyaksi peratusan penutupan kedai yang mendadak pada tahun 2021. Jika ini berterusan, tidak mustahil golongan rakyat B40, M40 mahupun T20  akan turun status mereka ke tahap yang lebih bawah.

“Kerajaan dan pemimpin masyarakat perlu berganding bahu untuk mempunyai mekanisme dalam membantu rakyat dalam isu ini dan pada masa yang sama memahami keperitan hidup rakyat masa kini”.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img