spot_img
spot_img

Netizen seperti biasa – kecam unboxing pengantin pula.

spot_img

PETALING JAYA, 11 Jan ― Kecoh trend TikTok terkini iaitu ‘Unboxing Pengantin’ (membuka pengantin) Islam yang baru berkahwin. Ia menerima kecaman netizen (orang Malaysia gelar kepada pengguna internet yang aktif di sosial media dan suka komen).

Unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ yang diterjemahkan kepada ‘unboxing bride’ adalah perlakuan yang melibatkan pasangan pengantin khususnya pengantin wanita berhijab.

Trend melihat pasangan pengantin berdiri di hadapan cermin dengan pakaian pengantin mereka dengan pengantin lelaki menanggalkan aksesori kepala pengantin perempuan dari tudungnya – semuanya di kamera untuk rakaman media sosial.

- Advertisement -

Ramai yang terjebak dalam trend ini dalam memperingati hari gembira mereka sambil mengumumkan kepada pengikut sosial media (followers) mereka bahawa mereka telah sah bergelar suami isteri.

Tetapi seperti biasa, netizen, ada yang tidak bersetuju dengan trend ini atas alasan ia bertentangan dengan prinsip Islam.

“Tidakkah anda berasa malu merakam video sedemikian? Aurat isteri perlu dijaga oleh suaminya,” lebih kurang komen sebegini selalu diutarakan.

- Advertisement -

Ada netizen yang komen kata orang muda suka terikut-ikut trend dan trend ini memalukan keluarga menurut mereka.

Pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Perak terus menasihatkan umat Islam supaya menjauhi trend itu, dengan menyatakan wajib bagi suami menjaga kehormatan isteri.

Ia berkata perbuatan seperti itu bukan sebahagian daripada ajaran Islam kerana ia adalah permulaan yang boleh membawa dosa dan mengundang fitnah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut bersependapat dengan JAIP.

Lebih keras, Pendakwah Islam Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Al-Yahya turut menyelar trend itu, menyifatkan ia sebagai “bid’ah”.

(PU Syed Mohd Bakri Al-Yahya)

PU Syed berpendirian bahawa isteri adalah milik suaminya dan haram bagi suami untuk mendedahkan aurat atau aurat isteri.

Berita Tular juga mendapatkan pandangan dari sisi lain dan rakyat Malaysia yang lebih terbuka, professional dan terpelajar.

Sarina Mohammad 27, pengurus pemasaran di bank tempatan berkata umat Islam di Malaysia over react berkenaan isu ini. “Itu adalah hari manis mereka. Bukannya si husband buka semua pakaian isteri. Hanya sebahagian sebagai trend bahagia dan rambut pun tak tunjuk bagi yang sememangnya berhijab. Kalau isteri dia memang free hair, sudah tentu itu biasa kerana dalam sosial media dia memangnya sudah free hair pun”, ujarnya.

Iqbal Iqramah 36, dari agensi pelancongan dan umrah Tabung Haji berkata inilah melambangkan tahap pemikiran umat Islam di Malaysia. “Kita suka memperbesarkan isu-isu yang tidak begitu keutamaan kepada ummah. Orang bukan Islam ketawa pada kita. Isu menaikkan ekonomi, pendidikan, kemajuan orang Islam, pekerjaan dan sebagainya kita tidak begitu perjuangkan. Tiada kesungguhan dari pihak berkuasa agama pun. Inilah sebenarnya yang akan menaikkan syiar Islam bukan hanya halal haram.. mungkin orang Melayu suka bab-bab pengantin seperti ini dan cerita tangkap basah”, sinisnya yang telah mendirikan rumahtangga selama 16 tahun.

Abdul Rafiq pelajar UiTM Shah Alam 23, berkata ada lagi banyak perkara yang buruk dalam sosial media. ” Benda-benda riak tunjuk harta-benda, fitnah-memfitnah, pakaian menjolok mata, scam… haramkan sahaja sosial media ni kepada umat Islam, so tak perlu buang masa komen-komen dan berita tak berfaedah. Biar netizen buat perkara berfaedah”.

Dalam konteks media sosial, unboxing biasanya trend dari seseorang yang berpengaruh, ramai pengikut, merakam proses membuka kotak atau hadiah untuk mendedahkan apakah produk dalam bungkusan hadiah itu kepada pengguna atau pengikutnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img