spot_img
spot_img

Hanya Agong boleh buang saya

spot_img

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Tan Sri Azam Baki bertegas bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak akan mengendahkan desakan untuk berhenti. Hanya Yang di-Pertuan Agong seorang yang boleh memecatnya, kata satu laporan.

Azam, yang terlibat dalam kontroversi membabitkan pembelian berjuta-juta saham dalam dua syarikat senaraian awam pada 2015, dilaporkan berkata beliau telah kedepan untuk disiasat oleh jawatankuasa SPRM dan percaya bahawa kebenaran akan diketahui umum suatu hari nanti.

Menurut portal harian tempatan Sinar Harian, Azam Baki berkata beliau telah mengikuti semua protokol yang diperlukan dan melakukan apa yang perlu. Beliau meminta semua bersabar dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Menurut laporan itu lagi, Azam Baki tidak pernah merayu kepada sesiapa atau mana-mana pihak untuk menyebelahinya berhubung perkara itu dan berkata beliau akan mendedahkan kebenaran pada masa yang tepat.

- Advertisement -

“Saya bukan ahli politik, tetapi pegawai kanan kerajaan yang mempunyai banyak kerja yang mesti diberi perhatian dan diselesaikan dengan sewajarnya.

“Pada saya, sebenarnya tidak perlu saya maklumkan kepada orang ramai, kerana nanti nampaknya saya tidak ada kerja lain,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pada 5 Januari lalu, Azam dalam sidang akhbar mengakui bahawa beliau telah membenarkan abangnya Nasir Baki menggunakan akaun dagangan sahamnya untuk membeli saham dalam dua syarikat tersenarai awam pada 2015, tetapi berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Beliau juga menekankan tidak mempunyai sebarang faedah dalam saham tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img