spot_img
spot_img

Sertai parti lain, automatik gugur keahlian Bersatu

spot_img

Isnin 10 Jan : Bersatu tidak terjejas dengan kemasukan ADUN dan ahli-ahlinya ke parti baru ditubuhkan; Parti Bangsa Malaysia (PBM), kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menurut beliau, Bersatu juga semakin berkembang dengan bilangan keahlian yang meningkat setiap bulan. “Bersatu akan terus bergerak dengan agenda integriti, tadbir urus yang baik, anti rasuah dan anti salah guna kuasa”, ujarnya.

Beliau juga menegaskan sejajar dengan perlembagaan parti, mana-mana ahli Bersatu yang menyertai parti lain, maka keahlian mereka secara automatik tergugur. “Peraturan ini konsisten dan terpakai kepada semua”, tegas beliau merujuk kepada ahli-ahli Bersatu yang melompat ke PBM.

- Advertisement -

Menurut salah satu sumber yang rapat dengan PBM, ada beberapa penyokong Azmin dan Zuraida berdepan masalah dalam Bersatu, dengan pemimpin Bersatu dari Sarawak tidak dapat bertanding di negeri itu.

Ini selepas persetujuan antara Bersatu dengan GPS untuk tidak bertanding ketika pilihan raya negeri lalu.

Mereka ini antara kumpulan G10 yang menyertai Bersatu, diketuai oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin. Mereka adalah ahli-ahli parlimen PKR yang berpaling tadah semasa Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.

- Advertisement -

Bagaimanapun, Zuraida nampaknya masih belum bersedia untuk mengorak langkah ke PBM. Beliau sekarang memegang portfolio sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di atas kapasiti tiket Bersatu. Tetapi bekas setiausaha politiknya, Hizwan Ahmad telah dilantik menjadi setiausaha agung PBM. Namun tiada tekanan atau desakan dari pihak Bersatu supaya Zuraida menyatakan pendiriannya.

Presiden: Larry Sng

Timbalan Presiden I: Haniza Mohamed Talha

Timbalan Presiden II: Wong Judat

Naib Presiden Kanan I: Steven Choong

Naib Presiden Kanan II: A Sivasubramaniam

Naib Presiden:

Rahimah Majid

Sathish Kumar

Saiful Bahari Sahri

Setiausaha Agung: Nor Hizwan Ahmad (lantikan)

Timbalan Setiausaha Agung: Jenny Chiew (lantikan)

Bendahari Agung: Paul Yong (lantikan)

Ketua Penerangan; Zakaria Abdul Hamid (lantikan)

Ketua Wanita: Daroyah Alwi

Ketua Pemuda: Na’im Brundage

 

foto : negara merdeka

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img