KUALA LUMPUR (9 Jan): Malaysia tidak boleh melaksanakan perintah kawalan pergerakkan (PKP) sekali lagi bagi mengekang penularan Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Ahad (9 Jan).
Beliau berkata sebaliknya, strategi kerajaan untuk membendung wabak itu adalah dengan melaksanakan strategi-strategi yang akan kurang memberi impak kepada ekonomi dan kebajikan.
Sebagai rekod, negara China telah membuktikan bahawa penutupan sepenuhnya berjaya menurunkan kes. Matlamat China adalah “Sifar Covid” walaupun hanya ada 3 kes, total lockdown dikuatkuasakan, tweet Khairy di akaunnya.
Dalam tweetnya juga Khairy turut melampirkan screen shot laporan berita bertajuk “Yuzhou: Bandar China Kedua dipaksa ke dalam perintah berkurung Covid”.
Malaysia berjaya mencapai kadar vaksinasi yang tinggi. Ini telah menguruskan kes Covid-19 dengan berkesan, selain sentiasa mengingatkan rakyat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi dan kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.