spot_img
spot_img

Henti menghukum seseorang melalui perang media

spot_img

Putrajaya 10 Jan: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad faizal Azumu yang mesra dengan panggilan Peja menegaskan kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang melalui perang media.

Ini merujuk kepada tuduhan urusniaga saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Peja memuji Tan Sri Azam Baki yang secara terbuka membuat penjelasan dalam isu tersebut. Ia menunjukkan sifat keterbukaan dan integriti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Azam Baki, menurut Peja.

- Advertisement -

“Kerelaan beliau untuk disiasat oleh pihak berkuasa juga harus dipuji dan isu kebertanggungjawaban beliau sebagai KP SPRM tidak harus dibangkitkan di dalam hal ini”, ujar Peja di kenyataan media sebentar tadi.

Peja juga membangkitkan kemungkinan ada agenda tersembunyi oleh pihak tertentu untuk cuba memperbesarkan isu ini. “Nampaknya mereka ingin menghukum Tan Sri Azam Baki sebelum ada perbicaraan dan bukti yang kukuh menurut undang-undang negara… innocent until proven guilty adalah asas keadilan”, ujarnya.

Peja mahu SPRM terus menjalankan tugas mereka dengan berani dan tidak takut kepada sesetengah pihak yang berkomplot mahu menjatuhkan imej penjawat awam sebelum ada bukti kukuh dan perbicaraan di mahkamah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img