Pengeluar kereta Jerman BMW telah melancarkan kereta pertama di dunia yang boleh merubah warna secara automatik. Kereta tersebut ditayangkan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas.
Kereta yang masih lagi dalam konsep itu, dipanggil BMW iX Flow, menggunakan teknologi dakwat elektronik yang biasanya terdapat dalam e-pembaca (e-readers) untuk mengubah bahagian luar kereta itu kepada pelbagai corak dalam warna kelabu dan putih.
Apabila dirangsang oleh isyarat elektrik yang dikawal oleh aplikasi telefon, bahan tersebut membawa pigmen yang berbeza ke permukaan, menyebabkan kereta menukarl warna yang berbeza, antaranya seperti jalur lumba.
Perancangan masa hadapan BMW, perubahan warna akan boleh dikawal oleh butang pada dashboard kereta atau mungkin juga dengan gerak isyarat tangan.
Tiada tenaga tambahan seperti bateri atau elektrik diperlukan untuk mengekalkan warna yang dipilih oleh pemandu, menurut BMW.
Pembeli kelak akan suka kerana menurut mereka, kereta boleh menukar kepada warna putih untuk memantulkan cahaya matahari. Pada hari yang sejuk pula, pemandu boleh menukar ke warna hitam untuk menyerap haba.
Walaupun kenderaan yang dipaparkan di pameran itu hanya boleh bertukar 2 warna sahaja antara kelabu dan putih, teknologi itu akan diperluaskan untuk meliputi semua spektrum warna, menurut BMW.
Sumber : foxbusiness