spot_img
spot_img

RM5 bilion transaksi e-money dalam negara

spot_img

KUALA LUMPUR (6 Jan): Malaysia mempunyai 233.6 juta transaksi wang secara elektronik (e-wang / e-money) bernilai RM5 bilion pada November tahun lalu, menurut data yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ini adalah angka bulanan tertinggi sejak 2016.

Secara terkumpul, 1.87 bilion transaksi e-wang direkodkan dari Januari hingga November tahun lepas, berjumlah RM45.2 juta.

Ini tidak mengejutkan kerana rakyat Malaysia mempunyai banyak pilihan apabila memilih platform e-dompet (e-wallet) mereka.

- Advertisement -

Data terkini BNM menunjukkan bahawa Bank Negara telah mengeluarkan 47 lesen pengeluar e-wang yang bukan berstatus bank.

Kini masyarakat berurusan lebih tanpa menggunakan tunai apabila berurusan dengan perniagaan atau urusan harian mereka.

Ramai tertarik kerana ciri keselamatan yang lebih baik dan sudah tentu, ada platform yang memberi ganjaran untuk menarik pengguna.

- Advertisement -

Sementara itu, berdasarkan data BNM, selama ini, kaedah pembayaran lain — seperti kad kredit dan kad debit — menyaksikan peningkatan penggunaan secara beransur-ansur di kalangan pengguna juga.

Dalam tempoh 11 bulan pertama 2021 sahaja, sebanyak 657.28 juta transaksi kad debit bernilai RM69.55 juta telah direkodkan, menjadikannya yang tertinggi pernah dicatatkan dalam
lebih 10 tahun.

Dalam laporan tersebut juga menyebut generasi lama lebih selesa menggunakan kad berbanding e-dompet bagi generasi baru.

Pada 2019, sebelum wabak koronavirus, Malaysia mencatatkan jumlah transaksi kad kredit tertinggi dalam tempoh lebih sedekad dengan 510.12 juta transaksi dilakukan, bernilai RM143.79 juta.

Sebagai perbandingan, sebanyak 498.27 juta transaksi bernilai RM122.83 juta direkodkan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lepas.

Ini adalah 1.83% lebih tinggi daripada 489.31 juta transaksi kad kredit, bernilai RM127 juta, yang dilaporkan pada 2020.

Terdapat peningkatan dalam perbelanjaan pengguna walaupun ia masih di peringkat awal kerana negara dibuka semula secara beransur-ansur selepas PKP.

 

Sumber : TheEdgeMarket

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img