KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan dakwaan bahawa dirinya dijadikan sebagai kambing hitam sehubungan keputusannya melepaskan jawatan penting itu.
Cheng Hoe menjelaskan, bahawa tiada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya menganggap itu sebagai satu cabaran untuknya.
“Tidak, saya tidak rasa dikambinghitamkan dan sudah tentu saya mengambil itu sebagai satu cabaran buat kerana sasaran sebagai jurulatih memang kita ingin mencapai kemenangan, kalau saya gagal mungkin sebab itulah saya letak jawatan.
“Sudah tentu, sepanjang empat tahun saya bersama dengan skuad kebangsaan, saya kena berterima kasih kepada presiden dan juga barisan exco, jurulatih, pemain, penyokong dan juga rakan-rakan media yang selalu memberikan sokongan terbaik untuk saya.
Cheng Hoe, yang berasal dari Kedah, turut memberitahu bahawa masih belum ada sebarang perancangan selepas ini selain menyatakan hasratnya untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih untuk masa akan datang.
“Memang saya belum fikir apa-apa perancangan untuk masa depan lagilah, saya rasa saya perlu bersama dengan keluarga, dan juga kerana agak lama saya telah tinggalkan family kerana bola sepak.
“Tetapi, saya rasa bola sepak masih lagi minat saya dan saya perlu teruskan karier sebagai jurulatih pada masa akan datang nanti,” tambahnya
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan pengendali skuad Harimau Malaya berusia 53 tahun itu, berikutan kegagalan dan prestasi mengecewakan skuad kebangsaan melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1