spot_img
spot_img

Pak Wan dilantik Pengerusi Boustead Holdings Bhd

spot_img

KUALA LUMPUR : Boustead Holdings Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharunya berkuatkuasa 1 Januari 2022.

Perlantikan itu dibuat oleh Menteri Kewangan mengikut Seksyen 10 (1) (a) Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas) dilantik sebagai memenuhi agenda kumpulan tahun ini bagi urus tadbir alam sekitar, pembuatan semula, sosial dan korporat.

- Advertisement -

Pengarah Urusan Kumpulan, Mohammed Shazalli Ramly berkata, rekod pengalaman Mohd Redzuan dalam bidang korporat dan jabatan awam diharap mampu melonjakkan lagi Boustead ke tahap lebih baik.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah pemegang saham majoriti kumpulan yang memiliki kepentingan di dalam sektor hartanah, peladangan, farmasi, industri berat termasuk peralatan ketenteraan dan kewangan

Redzuan adalah mantan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi dari 2018 hingga 2020 dan kemudian kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional.

- Advertisement -

Pada 2019, Redzuan mengejutkan rakyat apabila memperkenalkan wawasan kereta terbang yang boleh menjimatkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur. Bagaimanapun wawasan atau projek tersebut tidak dapat direalisasikan akibat tempoh kerajaan Pakatan Harapan yang singkat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img