London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

BN kekal lemah, tetapi musuhnya kucar-kacir

spot_img

Barisan Nasional yang sudah berusia enam dekad kini, yang diketuai oleh UMNO, kekal dalam keadaan lemah, tetapi BN pasti akan berusaha untuk membina momentum melalui kemenangannya baru-baru ini.

Kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini sudah tentu memberikan kebanggaan kepada gabungan politik paling lama di Malaysia itu, yang membawa naratif “kembali kepada kestabilan” di bawah pemerintahan BN dan juga potensi kemunculan semula bekas perdana menteri yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah, Najib Razak.

Gabungan yang berusia enam dekad itu memenangi 21 daripada 28 kawasan pilihan raya negeri Melaka, dengan Pakatan Harapan hanya memperoleh lima kerusi – hanya satu pertiga daripada kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu – dan Perikatan Nasional memenangi dua kerusi.

- Advertisement -

Kejatuhan terbesar adalah PKR, parti yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, yang kehilangan kesemua 11 kerusinya. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Anwar, termasuk kepada kekalahan sekurang-kurangnya empat percubaan yang tidak berjaya untuk menjadi perdana menteri sejak kemenangan bersejarah Pakatan Harapan dalam pilihan raya pada 2018, terus merosakkan reputasinya sebagai ketua PH.

DAP juga tidak mendapat lonjakan undi dari kaum bukan Melayu. Menurut Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP, percaya bahawa PH memerlukan naratif baru untuk bergerak ke hadapan. Buang beban isu lapuk seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang tidak popular lagi serta isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana rakyat sudah penat mendengarnya sejak dari PRU14 lagi.

- Advertisement -

(Ong Kian Ming juga mahu DAP bekerjasama dengan MUDA untuk membina naratif baru khususnya untuk orang muda)

Tujuh daripada semua kerusi yang dipertandingkan, margin kemenangan adalah kurang daripada 5 peratus sahaja kepada BN.

Bagi rakyat B40 dan M40, mereka berpuas hati dengan Ismail Sabri (Perdana Menteri) kerana beliau telah membuka semula ekonomi. Di sinilah keresahan rakyat yang tidak berjaya ditangani oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini, serta barisan kabinetnya, dan faktor ini memberikan sedikit kelebihan kepada UMNO dan BN.

Perikatan Nasional mempunyai masa depan yang baik berdasarkan momentum ‘perubahan’ berorientasikan masa depan. 5 Kerusi DUN pada PRN Melaka tempohari, PN berjaya mengetepikan kemenangan besar BN dengan hanya majoriti kemenangan kurang dari 1000 undi.

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka mungkin memberangsangkan, tetapi ia masih tidak dapat memberikan naratif bahawa BN semakin kuat kerana banyak kemenangan kerusi mereka adalah disebabkan oleh pihak lawan yang tidak teratur dan terpinga-pinga di tengah-tengah pandemik yang berterusan.

(Datuk Wira Rafiq Naizamohideen meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Melaka kerana gagal di dalam strategi membantu pakatan itu memenangi pilihanraya negeri)

UMNO, khususnya, kekal lebih lemah berbanding dahulu, kerana perpecahan dalaman terus mengancam kestabilan kepimpinan parti. Paling ketara apabila pemimpin lama yang mempunyai masalah, masih berada di puncak kuasa pimpinan parti. Ini secara tidak langsung mengekang perubahan positif dari dalam UMNO itu sendiri.

Namun, kemenangan adalah kemenangan, dan Barisan Nasional dilihat pasti akan terus berusaha untuk membina momentum menuju ke PRU15 yang tidak lama lagi. BN boleh menang di dalam serba kekacauan, kerana mereka telah 6 dekad bertempur di lapangan.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img