spot_img
spot_img

PAS kekal ‘main selamat’

spot_img

Hartamas 31 Dis : PAS (Parti Islam Se Malaysia) dilihat masih cuba untuk kekal relevan di pentas politik peringkat nasional apabila mempertahankan Maufakat Nasional bersama UMNO dan Perikatan Nasional bersama Bersatu.

Kenyataan dibuat semalam oleh Majlis Syura ‘Ulamak PAS yang bersidang pada Rabu kelmarin bersetuju untuk memperkasakan MN & PN dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam di negara ini.

Kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hj Hashim bin Jasin, mahukan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan part-parti politik Melayu. Beliau menggesa semua pihak harus berlapang dada, saling bermaafan dan mengelak menjadikan media sebagai gelanggang perdebatan.

- Advertisement -

Tinjauan Berita Tular daripada ahli-ahli politik parti masing-masing agak berbeza. Ahli Bersatu Abdul Halim, 61, dari Johor Bahru berkata politik sekarang hanya untuk menyelamatkan kerusi calon untuk menang pilihanraya. “PAS tahu untuk mereka kekal dalam kerajaan kelak, mereka perlu pilih untuk berganding dengan parti yang kuat. Jadi sekarang masih belum putus (keputusan), jalan selamat, cakap nak bersama kedua-dua gabungan dahulu”, ujarnya yang turut menambah bahawa di Johor, kekuatan PAS tidak begitu terserlah.

Berbeza dengan Ahmad Fauzi 35, yang merupakan ahli Bersatu dari Dungun, beliau menggesa PAS supaya memilih untuk bekerjasama dengan PN. “PN mampu menumbangkan UMNO yang sombong itu. UMNO kalau boleh nak sapu bersih semua jadi miliknya di Terengganu ini”, ujarnya.

Ahli Bersatu Kelantan yang mahu dikenali sebagai Nazief berkata, beliau yakin PAS akan memilih untuk berjuang bersama PN. Menurut beliau, PAS mahu mengekalkan dominasi di negeri-negeri Melayu; Kelantan, Terengganu, Kedah. Pada masa yang sama juga PAS ingin kekal di dalam kerajaan Persekutuan .

- Advertisement -

“Kalau kita lihat di Terengganu, PAS tak boleh nak reconcile dengan UMNO. Begitu juga di Kelantan .Kehadiran UMNO ini akan menjadi ancaman kepada PAS. Kelantan adalah fixed deposit PAS . Kesimpulannya, PAS tak mahu kehilangan grip dan dominasi di negeri-negeri ini”, ujarnya.

Muafakat Nasional dibentuk selepas tumbangnya Kerajaan BN pada PRU14 yang lalu. Sentimen agama dan kaum berjaya dimainkan oleh UMNO dan PAS pada ketika itu dan membawa kerosakan imej yang ketara kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa dikuasai DAP.

Perikatan Nasional pula dibentuk apabila PAS menerima pelawaan bersama Bersatu dan bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk kerajaan baru hasil dari Langkah Sheraton pada tahun 2020 lalu yang menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kini kerajaan bertukar lagi, dimana ada yang berkata kini kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah kerajaan PN, namun parti UMNO tidak mahu mengakuinya. UMNO sedaya upaya dilihat cuba menghapuskan pengaruh PN. Ini menyebabkan PAS di dalam dilema untuk memilih dengan siapa mereka harus bekerjasama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img