spot_img
spot_img

Jangan harap saya akan kembali lagi – The Rock

Dwayne Johnson atau famous dikenali dengan The Rock, secara terbuka telah menolak permintaan hero utama Vin Diesel “Fast & Furious” untuk bersama membintangi francais ke 10 filem itu.

Pada bulan November lalu, Vin Diesel membuat jemputan terbuka untuk berlakon semula kepada The Rock di Instagram, memohon agar dia bersetuju untuk memainkan semula peranannya sebagai ejen rahsia Lucas Hobbs dalam siri filem tersebut.

“Dunia menanti kemuncak ‘Fast 10,'” tulis Vin Diesel. “Seperti yang anda tahu, anak-anak saya merujuk anda sebagai Uncle Dwayne di rumah. Tidak ada hari cuti di mana anak-anak dan anda tidak saling berbalas ucapan selamat… tetapi masanya telah tiba. Legasi anda menanti. Saya memberitahu anda beberapa tahun yang lalu bahawa saya akan memenuhi janji saya kepada Pablo. Saya bersumpah bahawa kita akan mencapai dan menunjukkan yang terbaik pada filem peringkat akhir iaitu 10!”

- Advertisement -

Sebaliknya bagi The Rock, reaksi berbeza di dalam temu bual terbaru dengan CNN, dia menjawab permintaan itu dengan lenggok negatif, mengkritik Vin Diesel kerana menyuarakan jemputan di media sosial selepas mereka berdua telah mencapai persetujuan secara peribadi di mana tidak akan ada lagi watak Lucas Hobbs.

“Saya memberitahu [Diesel] secara berdepan bahawa saya tidak akan kembali ke dalam francais filem ini. Saya tegas dengan keputusan itu dan pada masa yang sama mesra dengan kata-kata saya dan berkata bahawa saya akan sentiasa menyokong pelakon dan sentiasa menyokong francais itu untuk berjaya, tetapi jangan mengharap untuk saya kembali,” jelas The Rock.

Post di Instagram Vin baru-baru ini adalah contoh sikap manipulasi. Saya tidak suka dia memasukkan anak-anaknya dalam hal ini, serta meraih simpati dari kematian Paul Walker. Tinggalkan mereka dalam isu ini. Kami telah bercakap beberapa bulan lalu tentang perkara ini dan kedua-dua pihak jelas.”

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, The Rock yang kini mahu dikenali dengan nama layar perak Dwayne Johnson tetap mengucapkan selamat maju jaya kepada keluarga filem “Fast & Furious” yang kononnya seterusnya adalah yang terakhir.

“Matlamat saya selama ini adalah untuk menamatkan perjalanan saya yang terbaik dengan francais yang luar biasa ini dengan rasa syukur dan rahmat,” kata Johnson. “Adalah malang apabila posting secara terbuka itu telah mengeruhkan apa yang telah dipersetujui. Walau apa pun, saya yakin dan saya benar-benar mendoakan mereka semua yang terbaik dan berjaya dalam bab seterusnya.”

Johnson menyertai francais “Fast & Furious” dengan “Fast Five” pada tahun 2011. Pada mulanya, Ejen Hobbs membawa watak antagonis kepada Dominic Toretto, yang dibintangi oleh Vin Diesel, walaupun watak Johnson selepas itu menyertai keluarga wira utama iaitu Dominic Toretto. Johnson mula keluar dari siri filem itu bermula dengan penampilan dalam “The Fate of the Furious” tahun 2017, yang bekerjasama dengan Jason Statham untuk membintangi sequal seterusnya dan terakhir iaitu “Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw” pada tahun 2019.

“F9: The Fast Saga” ialah salah satu daripada contoh kejayaan Hollywood untuk tayangan panggung semasa musim panas, dengan kutipan $173 juta di dalam USA dan $721 juta di seluruh dunia. “Fast & Furious 10” dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 7 April 2023. Vin Diesel akan kembali menjadi bintang utama, manakala pelakon francais filem itu yang lain  seperti Tyrese Gibson, Sung Kang, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster dan Michelle Rodriguez dijangka juga akan beraksi untuk filem itu. Pengarah filem “F9” Justin Lin juga akan kembali menjadi pengarah kali ini.

 

 

foto ; Wion

comments

Terkini

spot_img
spot_img