Kerajaan Britain mula mengenakan sekatan pergerakkan di seluruh England, termasuk negara-negara jajahan United Kingdom; Wales, Scotland dan Ireland Utara juga telah mengetatkan pergerakan sosial mereka. Negara Eropah lain juga mengetatkan pergerakan sosial rakyatnya apabila kini menghadapi lonjakan kes Omicron.
Rekod tertinggi jangkitan harian di Britain ialah 122,186 pada 24 Disember tempohari.
Data pada hari Selasa lepas tidak termasuk Scotland dan Ireland Utara, sebanyak 12,378 kes yang dilaporkan.
Menteri Kabinet Britain sedang menunggu lebih banyak laporan tentang bagaimana perkhidmatan kesihatan mampu menangani kadar jangkitan yang tinggi selepas data awal mencadangkan minggu lepas bahawa varian Omicron membawa risiko kemasukan ke hospital yang lebih rendah berbanding Covid19 sebelumnya.