spot_img
spot_img

Kerajaan pusat dan negeri dikatakan lambat bantu mangsa banjir ?

spot_img

 

IMG_8234

Video berdurasi 1 minit di atas diterima dari sukarelawan Muzzaimy Moosa yang menunjukkan bahawa masih belum kelihatan agensi-agensi kerajaan turun membantu penduduk di dalam menguruskan tempat terkesan bencana banjir.

- Advertisement -

Sampah sarap dan jalan laluan masuk masih seperti lepas ‘berperang’ walaupun telah beberapa hari bencana melanda.

“Hanya sukarelawan dari seluruh pelusuk tanahair yang paling banyak hadir menolong mangsa-mangsa banjir”, kata Muzzaimy kepada Berita Tular. Beliau dari Pulau Pinang yang hadir bersama pasukan NGO nya dalam membantu mangsa banjir yang terkesan.

Beliau mahu kerajaan pusat dan negeri segera mengenepikan perbezaan politik dan mengutamakan rakyat dahulu di dalam membantu mereka. “Bantuan sangat lambat, dengan kemusnahan seperti ini, bantuan kewangan paling penting. Bayangkan rumah habis rosak semua peralatan dan elektrik, wiring sahaja boleh cecah ribuan ringgit untuk bina semula ” tambahnya. “Ada yang menunggu dah 5 hari di dalam rumah penuh lumpur tetapi bantuan tak kunjung tiba”.

- Advertisement -

Menurut Muzzaimy lagi, terdapat aduan dari penduduk bahawa kemusnahan teruk hari ini adalah disebabkan oleh kerajaan negeri atau pihak bertanggungjawab tidak memberikan alert awal kepada penduduk yang berhampiran empangan, apabila mereka melepaskan air.

“Tiba-tiba sahaja air masuk rumah dengan sekelip mata semasa tidur”, kata beliau memetik maklumat dari penduduk yang ditemuinya.

(Muzzaimy Moosa)

Dalam perkembangan yang berkaitan, beberapa orang orang awam yang ditemui oleh The Straits Times, seperti penjaja Rohkiah Abdul Aziz dari Kampung Kubu Gajah di Selangor, mendakwa kepada  bahawa mereka tidak diberi makan dan tempat tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, kononnya mereka bukan penduduk di kawasan yang ditetapkan untuk menerima kemudahan itu.

“Mereka memberitahu kami untuk menunggu bantuan di kawasan kami dan tidak akan berganjak walaupun terdapat lebihan dan makanan yang tidak dituntut di PPS. Jadi, kami tiada pilihan selain balik,” katanya.

Kerajaan pusat dan negeri telah mengumumkan bantuan kewangan kepada mereka yang dilanda banjir, tetapi Rohkiah mengadu bahawa ianya lambat di waktu sangat meemrlukan seperti sekarang.

Sambil berkata dia sudah menyerahkan borang yang diperlukan untuk proses permohonan itu, Rohkiah menambah bahawa dia dan suaminya, Rashdan Iswandi, tidak menerima maklum balas sejak menghantarnya dari 20 Disember.

Tahun ini, Selangor menjadi antara negeri yang paling teruk dilanda banjir, menyebabkan lebih 5,500 orang masih kehilangan tempat tinggal setakat hari ini.

Bencana banjir ini menyebabkan kedua-dua pihak berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri dikatakan terpinga-pinga dan lambat di dalam tindakan rasmi terhadap bencana itu, mendorong rakyat Malaysia dari serata pelosok untuk menggerakkan diri secara sukarela untuk membantu mereka yang terjejas.

Kemarahan orang ramai terhadap tindakan kerajaan yang lambat diburukkan lagi dengan cubaan beberapa menteri untuk cuba menunjukkan peranan mereka dalam usaha bantuan, seperti menyiarkan foto dan video mereka kononnya mencuci lantai dan najis cicak dari longkang.

Ketidakcekapan ini telah memberikan mimpi ngeri terhadap imej kerajaan di mata orang awam, dan memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua menterinya yang bercuti ke luar negara untuk segera pulang bagi membantu dalam usaha bantuan.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img