spot_img
spot_img

Dapat $730 juta duit perceraian

spot_img

London : Kerabat Diraja Dubai diperintahkan membayar bekas isteri dan anak-anaknya sebanyak £550 juta ($730 juta) dalam kes perceraian berprofil tinggi. Ini merupakan penyelesaian nilai perceraian tertinggi yang ditetapkan oleh mahkamah Inggeris.

Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum diberitahu bahawa dia mesti membayar Puteri Haya Bint Al Hussein, saudara tiri kepada Raja Abdullah II Jordan, sekaligus sebanyak £251.5 juta dan menyediakan jaminan bank sebanyak £290 juta untuk menampung nafkah anak-anak dan keselamatan mereka.

Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum yang juga merupakan ketua kerajaan Dubai yang berusia 72 tahun itu telah kalah dalam pertarungan undang-undang yang panjang dan getir dengan bekas isterinya yang berusia 47 tahun, yang tinggal di London bersama dua anak mereka, berusia 13 dan 9 tahun.

- Advertisement -

Hakim Philip Moor berkata, penyelesaian bernilai besar itu sebahagiannya untuk memastikan keselamatan, berikutan risiko penculikan kanak-kanak itu oleh bapa mereka, yang juga naib presiden dan perdana menteri Emiriah Arab Bersatu.

Keluarga kaya itu “memerlukan penjagaan keselamatan yang paling kuat”, kata hakim sambil menambah: “Ancaman utama yang mereka hadapi adalah daripada (Syeikh Mohammed) sendiri”.

Kes Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memutuskan bahawa syeikh telah mengarahkan penggunaan perisian pengintipan untuk menggodam telefon bekas isterinya.

- Advertisement -

Hakim Moor berkata penyelesaian perceraian yang bernilai sangat besar ini ditentukan kerana “kekayaan yang luar biasa dan taraf hidup yang luar biasa yang dinikmati oleh kanak-kanak ini semasa ibu dan ayah mereka bersama”.

Jurucakap Sheikh berkata selepas keputusan itu bahawa Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum “selalu memastikan anak-anaknya cukup lengkap dari semua segi” dan “mahkamah telah membuat keputusannya dan Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum tidak berhasrat untuk mengulas lanjut”.

Sebelum ini, penyelesaian terbesar seumpama itu ialah kira-kira £450 juta kepada Tatiana Akhmedova, bekas isteri jutawan Rusia, pada 2016.

Keputusan mahkamah itu diputuskan kerana gaya hidup mewah yang sudah biasa oleh bekas isteri Sheikh Mohammed dan anak-anaknya.

Syeikh yang tidak hadir ke mahkamah, berkata sebelum perpisahan mereka, dia telah membayar elaun anak-anaknya sebanyak £18 juta setiap tahun, serta £83 juta untuk perbelanjaan isi rumah dan £9 juta untuk perbelanjaan peribadi isterinya pada ketika itu.

Dia menghentikan pembayaran terus kepada Puteri Haya apabila puteri itu pergi ke London, dan menurut hakim, Puteri Haya telah menjual barang kemas, beg tangan dan kuda bernilai lebih £15 juta.

Dia menyerahkan senarai perbelanjaan sara hidup kepada mahkamah yang menunjukkan perbelanjaan tahunan melebihi £14 juta, termasuk pembelian lima kereta dengan kos £130,000 setiap satu, tahun lepas.

Keputusan mahkamah itu juga mendedahkan bahawa semasa perkahwinannya dia membayar wang ‘tutup mulut’ sebanyak £6.7 juta kepada empat anggota keselamatannya selepas dia mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang daripada mereka.

Ini didakwa oleh bekas suaminya sebagai bukti bekas isterinya itu telah salah menggunakan dana yang sepatutnya untuk anak-anak.

Pasukan peguam bekas suaminya juga bertanya mengapa dia membeli tiga buah kereta untuk anaknya yang masih kecil. Puteri Haya menjawab bahawa dia sudah “biasa” dengan hadiah sedemikian.

Puteri Haya belajar di Universiti Oxford dan mewakili Jordan di Sukan Olimpik Sydney sebagai ahli gymnastik.

Pasangan itu berkahwin pada 2004 dalam perkahwinan rasmi kedua Sheikh Mohammed. Sheikh menceraikannya di bawah undang-undang Syariah pada tahun 2019 tanpa pengetahuan Puteri Haya, menurut penghakiman mahkamah.

Puteri Haya dan anak-anaknya tinggal di sebuah rumah mewah  di London berhampiran Istana Kensington dan di sebuah ladang di barat ibu kota yang diwarisi daripada bapanya, mendiang raja Hussein dari Jordan.

Mahkamah Tinggi memutuskan pada tahun 2020 bahawa Sheikh telah melancarkan “kempen ketakutan dan ugutan” kepad abekas isterinya itu, dan memaksa Puteri Haya melarikan diri ke London.

Seorang hakim juga memutuskan bahawa Syeikh telah memulangkan secara terpaksa anak-anak perempuannya, Shamsa dan Latifa.

Latifa pernah membuat percubaan untuk melarikan diri dari Emiriah tetapi tidak berjaya pada tahun 2018 dan mendakwa bahawa dia telah dijadikan “tebusan” di salah sebuah istana bapanya dan nyawanya terancam.

Sheikh mempunyai hubungan rapat dengan Ratu Elizabeth II, berkongsi minat pada perlumbaan kuda. Keluarga pemerintah Dubai itu mempunyai beberapa kandang kuda di UK dan di negara lain.

 

foto : DW.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img