spot_img
spot_img

Ahli parlimen berganding bahu membantu mangsa banjir dengan cepat

spot_img

Shah Alam 23 Dis : Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof yang mesra dengan panggilan Pak Wan, mahu semua pihak berganding bahu membantu mangsa banjir dengan cepat dan memperkemaskan persiapan untuk mengelak bencana ini terjadi dengan lebih buruk melalui persiapan yang lebih sistematik

Beliau dilihat terus turun ke kawasan banjir dan menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan. Walaupun bekas Menteri Tugas-tugas Khas itu yang pernah mempengerusikan NADMA dan MKN sebelum ini, beliau tetap memainkan peranan sebagai penyampai maklumat kepada pihak kerajaan walaupun tidak lagi menjadi menteri.

- Advertisement -

(Melawat Pusat Perpindahan Sementara PPS)

“Sebagai seorang ahli parlimen, sudah tentu kelebihan bagi saya untuk menyalurkan terus bantuan yang ada dan maklumat kepada pihak berwajib di dalam menguruskan bencana. Walaupun saya tidak mempunyai sebarang agensi atau badan kerajaan untuk mengerah mereka dengan segera, tetapi saya terus memaklumkan perkara terkini keadaan banjir kepada kerajaan dan Perdana Menteri”, ujar beliau.

- Advertisement -

(Pak Wan memberikan bantuan makanan asas kepada salah seorang mangsa banjir)

Ditanya apabila terdapat orang awam melakukan perbandingan di waktu beliau di dalam kabinet menguruskan banjir dan wabak covid19 berbanding Menteri Tugas-tugas Khas yang baru, Pak Wan berkata adalah tidak adil untuk membandingkannya.

“Sekarang adalah masa untuk bersama turun bantu mangsa banjir, salah menyalahkan kita letak tepi dulu. Saya percaya kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri pasti akan melakukan yang terbaik dan buat post-morterm kelak.. sekarang kita berganding bahu, tak adil untuk menilai sekarang”, ujarnya.

(Pak Wan melihat kerosakan barang keperluan rumah akibat bencana banjir)

Pak Wan pernah menjawat jawatan Menteri Keusahawanan & Pembangunan Koperasi dan Menteri Tugas-tugas Khas, yang mana kini di sandang oleh Datuk Abdul Latiff Ahmad juga dari parti Bersatu.

Menteri Tugas-tugas Khas memegang portfolio bencana seperti agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM), NADMA dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang biasanya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img